Hiburan
"Moga Dapat Umrah Yang Mabrur" - Doa Netizen Iringi Keberangkatan Amar Baharin & Amyra Rosli Ke Makkah!
Pasangan suami isteri Amar Baharin dan Amyra Rosli berkongsi berita gembira apabila kedua-dua mereka bakal menunaikan ibadah umrah.
Berita itu dikongsi menerusi satu posting di Instagram Amar semalam.
Turut kelihatan adalah anak sulung mereka iaitu Aqeff Anaqi.
"Pendosa ingin ke Makkah, Bismillahirrahmanirahim," tulis Amar ringkas sebagai kapsyen.
Malah, momen manis serta keterujaan tiga sekeluarga itu turut dikongsi di Instagram Story.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menitipkan mendoakan supaya perjalanan serta ibadah kedua-dua pelakon itu dipermudahkan.
Tidak kurang juga netizen yang meminta pasangan tersebut mendoakan supaya mereka menjadi tetamu Allah satu hari nanti.
Anda boleh lihat antara komen menarik netizen di bawah.
Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Kedua-dua mereka kemudian dikurniakan cahaya pada 15 Oktober 2017.
Must-Watch Video