Pendakwah popular Ustaz Amirul Amin masih berharap agar dompet yang hilang bersama duit RM3,000 dan dokumen penting miliknya dipulangkan.

PU Amin yang baru berangkat menunaikan umrah kelmarin menganggap insiden itu sebahagian daripada ujiannya dan tidak putus doa.

"Moga lembut hati orang yang jumpa dompet saya pulangkan balik. Masih berharap," katanya.

Melepaskan kerinduan . Menyatakan rasa dan perasaan kepada Kekasih Allah , Hamba Allah sebaik baik kejadian.. . Dibelakang saya Makam Rasulullah Saw . Bersemadi jasad Baginda yang mulia . Berguguran air mata tatkala mengucapkan salam pada Baginda . Jiwa berdebar.. . Baru terasa sesuatu bila hampir dengan Baginda . Baru tenang baru rasa gembira . Ujian yang melanda diri semalam terasa hapus seketika bila Baginda berada bersama kita . Benar kata Sahabat , bila dekat dengan Nabi hilang rasa duka , penawar pada darah luka.. . Ya Rasulullah ! Sesungguh nya seluruh sahabat , rakan rakan , yang berada disini menyampaikan salam kepada Mu . Syafaatkan Kami Ya Rasulullah . Kami rindukan Mu Ya Rasulullah ❤️ @simplyumrah @simplyumrah . Moga lembut hati orang yang jumpa dompet saya pulangkan balik . Masih berharap .

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Insiden kehilangan dompet berserta wang tunai RM3,000 itu berlaku ketika pendakwah itu dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang untuk berangkat menunaikan umrah dua hari lalu.

Difahamkan, dompet miliknya tertinggal di tandas sebuah stesen minyak di kawasan rehat dan rawat di Pahang pada pagi hari kejadian.

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup gagal menjejak punca atau individu yang mengambil dompet terbabit.

"Allah uji kita sebab Allah sayang kita .Dalam dompet itu, ada duit RM 3000, duit yuran master sem ini, duit belanja untuk anak dan isteri, juga duit sumbangan orang awam untuk sedekah fakir miskin di Mekah berada di tangan orang lain.

"Saya jarang keluar duit banyak, tapi sebab nak jalan jauh saya kena tinggal belanja untuk anak isteri," tulisnya sebelum ini.

Allah uji kita sebab Allah sayang kita . Dalam dompet itu , ada duit RM 3000 , duit yuran master sem ini , duit belanja untuk anak dan isteri , juga duit sumbangan orang awam untuk sedekah fakir miskin di Mekah berada di tangan orang lain . Saya jarang keluar duit banyak , tapi sebab nak jalan jauh saya kena tinggal belanja untuk anak isteri . Pada awal nya saya juga kumpul sedikit demi sedikit juga untuk belanja di Mekah . Tapi Allah maha kuasa , Allah berkehendak atas segalanya . Dokumen lain yang hilang juga penting , tapi Allah dah tentukan segala nya.. . Saya ucap terima kasih pada yang membantu . Saya keletihan . Saya harapkan keajaiban dari Allah untuk kembalikan barang ini.. . Buat Aisyah dan Umar jangan nakal nakal . Hari ini kita di uji sedikit , kad pengenalan kita anak beranak pun dah tak ada , tak apa janji kasih sayang kita kekal selamanya..?Terima kasih buat suri hati tercinta sebab bersama sama menenangkan jiwa.. . Walaupun tak mampu tersenyum , namun segala kedukacitaan dan kekecewaan ini akan diluahkan dihadapan Kaabah kejap lagi . Allah nak bagi sesuatu , Allah akan ambil sesuatu.. . Buat yang ambil dompet saya , ambil duit itu untuk belanja anda kalau perlu dan pulangkan lah kad kad yang lain . Itu saja permintaan saya . Ada banyak nyawa dan makna dalam dompet tersebut . Saya jenis payah hilang barang , dompet saya 15 ringgit je pasar malam tapi cukup istimewa . Kembalikan lah dengan baik ya ?.. . Ujian itu mendekatkan kita dengan Tuhan . Menghela nafas panjang . Allah mahu tunjukkan sesuatu.. . Saya dalam perjalanan melaksanakan Umrah . Doakan saya . Ada doa , tuliskan , kerja saya juga membaca doa anda semua . ?❤️ #simplyumrah #simplyumrah #simplyumrah @simplyumrah @simplyumrah @simplyumrah

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on