Pelakon Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy kini sedang bercuti di Korea Selatan bersama keluarga masing-masing.

Mereka dilihat sedang menghabiskan masa bersama beberapa tempat termasuk di sana termasuk Seol dan Myeong-Dong.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah, pelakon ini telah memuat naik foto mereka bersama pasangan masing-masing yang sedang mengucup pipi isteri.

Zahiril menerusi akaun Instagram miliknya berseloroh berharap foto tersebut tidak merosakan kerjaya mereka sebagai pelakon.

“Me & @beto_kusyairy : Jarang - jarang kita buat mini love ni dekat Msia, tapi dah sampai Korea ni kena lah buat ye dak?

“Selambe kita post gambar ni. Moga - moga tak rosak kerjaya kami,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut terdapat juga foto isteri mereka masing-masing mencium suami mereka.

Namun rata-rata merasakan ia lucu serta menganggap mereka pasangan yang sweet dan bahagia.

Zahiril mendirikan rumah tangga dengan Shera Aiyob pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi.

Sementara Beto mendirikan rumah tangga Tisha Shahar pada 1 Februari 2008 dan masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
View this post on Instagram

Me & @beto_kusyairy : Jarang - jarang kita buat mini love ni dekat Msia, tapi dah sampai Korea ni kena lah buat ye dak? . Selambe kita post gambar ni. Moga - moga tak rosak kerjaya kami. ? . ? by Anaqi.

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim) on