Hiburan

Money Heist 5 Bakal Menamatkan Segalanya, Ramai Mahu Watak Arturo Mati!

gempak
Azwa Rahman
03/08/2020
12:42 MYT
Sponsor Banner
Money Heist 5 Bakal Menamatkan Segalanya, Ramai Mahu Watak Arturo Mati!
Drama sepanyol popular dunia La Casa de Papel atau lebih dikenali sebagai Money Heist bakal menamatkan sirinya menerusi musim kelima yang akan ditayangkan tahun depan.
Menerusi laman sosial Twitter, platform penstriman Netflix memuat naik pengumuman tersebut untuk tatapan umum.
“Rompakan akan berakhir, Part 5,” tulis mereka secara ringkas.
“Kami menghabiskan hampir setahun untuk mencari jalan untuk memecahkan kumpulan ini.
“Bagaimana cara menempatkan Profesor dalam susunan ini, bagaimana caranya untuk masuk ke dalam situasi yang karekternya tidak perlu diubah," ujar Alex Pina, pengarah Money Heist.
Meninjau ke ruangan Twitter, rata-rata wargamaya serata dunia tidak sabar menantikan pengakhiran siri itu.
Malah, ramai yang mahukan watak dari musim pertama hingga keempat, Arturo Roman mati kerana selalu menyusahkan.
Siri keempat drama bergenre jenayah thriller itu menyaksikan seorang ahli rompakan Nairobi (Alba Flores) mati setelah bergelut dengan pegawai keselamatan bank tersebut.
Penggambaran siri terakhir ini akan berlangsung di Sepanyol, Denmark dan Portugal.
Money Heist Part 5 akan terdiri daripada 10 episod dan akan memulakan penggambarannya pada 3 Ogos.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024