HIBURAN
MPFKL 2024: Razaisyam Rashid Dinobat Pengarah Terbaik Menerusi Filem Kahar: Kapla High Council
Untuk penganjuran kali kesepuluh, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) telah mengangkat filem Snow In Midsummer sebagai filem terbaik.
Filem ini berjaya mengenepikan pesaing terdekat antaranya Reversi, Takluk: Lahad Datu, Kahar: Kapla High Council dan Sheriff: Narko Integriti yang menjadi salah satu filem box office tahun 2024.
Dalam penganjuran kali ini, filem-filem terbitan Astro Shaw juga berjaya merangkul beberapa anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pengarah Terbaik menerusi filem Kahar: Kapla High Council.
Sementara itu, pelakon Susan Lankester terus mencipta sejarah apabila sekali lagi diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem lakonannya Rain Town.
Berikut adalah keputusan rasmi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2024.
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Sweet Qismina untuk Babah
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Eman Manan untuk Takluk: Lahad Datu
Lakon Layar Terbaik
Chong Keat Aun untuk Snow In Midsummer
Sinematografi Terbaik
Tan Teck Zee untuk Takluk: Lahad Datu
Pelakon Wanita Terbaik
Susan Lankester untuk Rain Town
Pelakon Lelaki Terbaik
Jack Tan untuk Gold
Pengarah Terbaik
Razaisyam Rashid untuk Kahar: Kapla High Council
Filem Terbaik
Snow In Midsummer (Wong Kew Soon, Chow Wai Thong, Jennifer Jao, Gene Yao selaku penerbit. Jment Lim selaku penerbit eksekutif.)
Sekadar info, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) telah bersidang bagi menilai dan mempertimbangkan filem-filem tempatan yang telah ditayangkan dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Tempoh penelitian telah dijalankan selama lima minggu bermula 1 Januari 2025 hingga 7 Februari 2025.
Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Film Critics Circle), diasaskan pada November 2011, ialah kumpulan pengkritik filem yang beroperasi secara maya di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Terdiri daripada editor, pengarang, blogger dan pencipta kandungan yang berdedikasi dalam analisis filem, majlis ini berperanan menilai serta memilih filem Malaysia terbaik setiap tahun berdasarkan aspek seni, estetika, dan kepakaran sinematik.
Sebagai badan penilai, MPFKL meneliti filem-filem Malaysia bagi memberi pengiktirafan yang sewajarnya. Setiap tahun, hasil pemilihan ini diumumkan menerusi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (AMPFKL).
Must-Watch Video