Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

Awani
18/08/2024 11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Keputusan tersebut antara enam langkah segera yang dilakukan oleh KKM sebagai persediaan untuk pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox.

Berikut lima lagi langkah yang disarankan KKM:


- Menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit perlu segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

- Memastikan semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta untuk menotifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.

Bagi pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan "Guidelines on mpox management in Malaysia 2023" di laman sesawang portal rasmi KKM (www.moh.gov.my).

- Memastikan makmal bagi pengujian dan diagnostik bersedia di mana buat masa ini terdapat 10 buah makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta.

- Mempertingkatkan aktiviti kesedaran mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti seperti spa & sauna.

- Memastikan premis-premis yang menyediakan perkhidmatan yang melibatkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit.

BERITA TRENDING: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat

BERITA TRENDING: Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan

BERITA TRENDING: PMX Kesal Usaha Murni Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia Dikritik

BERITA TRENDING: Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Berdekatan Kawasan Belukar

#Tips #Kesihatan #Global #Jangkitan #Mpox