Hiburan
Muatnaik Status Nak Buat Novel Kisah Cinta Pengk*d, Netizen Suruh Isteri Da’i Farhan Diam!
Selepas artikel mengenai isteri Da’i Farhan, Dr. Erin yang didakwa memerli seseorang selepas memberitahu ingin menulis novel mengenai kisah cinta pengk*d, warga net meminta wanita tersebut diam dan tidak mencari publisiti.
Sebanyak satu ribu komen ditinggalkan pembaca di akaun Facebook Astro Gempak semalam selepas artikel tersebut dikongsikan.
Di antaranya, warga net berpendapat, lebih kerap wanita tersebut membuka mulut, ia hanya akan menampakkan kebodohan sendiri.
Rata-rata meninggalkan komen meluahkan rasa berang dan tidak puas hati terhadap Dr. Erin kerana dikatakan sengaja mencari fasal.
Ada juga yang mendakwa status yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG)nya itu dituju kepada bekas isteri Da’i Farhan.
Dalam pada itu ada juga warga net yang tidak bersetuju sekiranya perkongsian yang dibuat Dr. Erin di IG hanya semata-mata untuk menyindir bekas isteri Da’i Farhan kerana itu tidak melambangkan peribadi isteri seorang ustaz.
Kata warga net, Dr. Erin seharusnya diam dan tidak berkata apa-apa kerana bekas madunya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.
Must-Watch Video