Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Muaz Zabir Berteka-Teki, Biar Netizen Buat Andaian Siapakah Pemilik Tangan  – “Kalau Bella Sekali Pun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”

Khairil Khusyairi
13/08/2024 03:25 MYT
Pelakon Muaz Zabir tampil memberi respons terhadap dakwaan netizen yang mengatakan individu di dalam klip rakaman video yang tular di TikTok adalah pelakon Bella Astillah.

Tak Iya Tak Nafi

Menurut pemilik nama sebenar, Muaz Mohamad Zabir, 27, dia tidak mengiyakan mahupun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya membiarkan netizen membuat andaian sendiri.

“Isu pemilik kuku itu, saya tak boleh kongsi sebab memang kena dirahsiakan.

"Biarlah orang nak berteka-teki dan buat andaian sebab saya sendiri yang cipta kandungan ini. Saya tak jangka pun video ini akan viral.


“Tapi kalau itu kuku Bella sekalipun, dia bukan isteri orang lagi,” katanya kepada pemberita.

Muaz ditemui pada TikTok Award Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Ahad.

Okay Dengan Bella

Tambah Muaz, dia juga bersifat terbuka apabila ramai yang mengaitkan dirinya bersama bekas isteri kepada aktor sensasi, Aliff Aziz itu.

“Kalau orang nak kaitkan lagi, nak buat macam mana, orang nak terus bercakap.

“Saya memang kena lebih bersikap terbuka dengan netizen. Alhamdulillah, kecaman tak banyak, tapi ramai orang doa baik-baik.

"Bukan nak cakap sekarang lebih selesa, tapi cuma sebelum ini, tak mahu dikaitkan dengan Bella ketika isu sedang panas. Sekarang orang sudah faham dengan status, jadi kami akan lebih terbuka," katanya.

Tak Tolak Jodoh Bersama

Dalam pada itu, Muaz menjelaskan kini mereka hanyalah teman seperjuangan dan tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella.

"Saya tak boleh nak cakap tak ada apa-apa atau ada hubungan.

“Kami bekerja dalam industri yang kecil, mahu atau tidak, kami akan berjumpa dan tak mahu bermusuhan.

"Setakat ini, saya okay sahaja orang kaitkan dengan Bella, tiada masalah pun," katanya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman yang memaparkan Muaz membuat kandungan dengan memaparkan sosok tangan seorang wanita.

Netizen membuat andaian dengan mengatakan individu wanita dalam video tersebut adalah Bella.

Nama Muaz mula mendapat perhatian apabila didakwa menjalin hubungan cinta dengan Bella ketika pelakon itu masih bergelar isteri kepada Aliff pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia Wanita Kuat" - Muaz Zabir Doa Yang Baik-Baik Buat Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tiada Hubungi, Tanya Khabar Anak-Anak Selepas Bercerai – “Tak Ada Langsung”

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"

#Bella Astillah #Netizen #Video #TikTok #Muaz Zabir #andaian #Pemilik Kuku