Urusan di dapur pasti mudah jika ia dilengkapi dengan perkakas atau barangan elektronik yang dapat membantu mempercepatkan dalam menyediakan apa sahaja juadah yang dimasak.

Namun mudah sahaja tidak cukup, dalam dunia serba moden ini peralatan itu bukan sahaja perlu canggih malah gaya pun penting supaya ia kelihatan menarik dengan dekorasi rumah terutama bila di dapur.

Justeru produk barangan LG yang menjamin kehidupan lebih sihat dan tenang, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ diperkenalkan.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™



Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ni merupakan satu barang electronik yang wajib ada di dapur anda. Ia datang dengan sistem Penapis Puri 4-Peringkat juga membasmi mikroorganisme, 99.99% norovirus dan 9 jenis logam berat termasuk merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga, aluminium, mangan dan zink yang terkandung di dalam bekalan air mentah.

Selain memudah kerja memasak atau membakar kuih anda di rumah, paling penting penulen air ini bakal menyenangkan anda untuk mendapatkan air bersih dalam suhu sejuk atau panas dalam kadar segera tanpa menunggu lama.

Kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™

#1 Sistem Penapis Puri 4-Peringkat

Menyingkirkan logam berat dan 99.99% norovirus. Meningkatkan rasa air dengan sistem Penapis Puri 4-Peringkat juga membasmi mikroorganisme, 99.99% norovirus dan 9 jenis logam berat termasuk merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, besi, tembaga, aluminium, mangan dan zink yang terkandung di dalam bekalan air mentah.

#2 Pensterilan automatik

Fungsi sterilisasi automatik Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ berupaya mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dan juga saluran keluar dengan air panas yang membasmi 99.99% kuman. Sistem automatik ini mensterilisasikan paip keluli tanpa karat dalaman sekali seminggu, dan ketetapan boleh ditentukan oleh pengguna mengikut kehendak mereka, dengan menekan satu butang sahaja.

#3 Servis Layan Diri

“Layan Diri’ terbaharu ini sangat bermakna bagi pengguna yang sibuk dengan jadual masing-masing; reka bentuk yang ringkas membolehkan pengguna menukar penapis dengan mudah mengikut ketetapan pengguna dan tanpa menunggu perkhidmatan penjagaan pelanggan. Hanya dengan pusing dan tarik penapis air boleh ditukar ganti dengan yang baharu dalam hanya beberapa saat. Selain itu, perkhidmatan langganan penapis ini menghantar penapis air gantian yang diperlukan setiap enam bulan terus ke rumah pengguna.

#4 Teknologi Tanpa Tangki

Teknologi Tanpa Tangki revolusioner LG ini membenarkan akses kepada air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikroorganisme dan kekal segar pada sebarang suhu. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ yang ditambah baik ini juga mempunyai ciri sterilisasi automatik dan juga penggantian dan langganan penapis yang mudah, membaharui konsep “Layanan Diri Menyeluruh”.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barangan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ ini anda boleh layari laman web LG PuriCare™

Peti Sejuk LG InstaView Door-in-Door®



Ia amat memudahkan serta bergaya dengan dua ketukan pantas pada panel kaca yang anggun anda terus boleh lihat bahagian dalam dan semak barangan harian anda, snek kegemaran dan minuman tanpa membuka pintu.

Kelebihan LG InstaView Door-in-Door®

#1 InstaView Door-in-Door®

Dengan dua ketukan pantas pada panel kaca yang anggun, lihat bahagian dalam dan semak barangan harian anda, kegemaran makanan ringan dan minuman tanpa membuka pintu. Dengan cara mudah dan bergaya ini ia menghalang udara sejuk daripada keluar dan memastikan makanan lebih segar serta lebih lama.

#2 UVnano® Water Dispenser

Ciri UV Nano membersihkan bahagian dalam muncung air secara automatik selama 10 minit setiap jam, atau boleh diaktifkan secara manual.

#3 LINEARCooling™

Mengurangkan turun naik suhu, mengunci rasa segar sehingga 7 hari*.

#4 Hygiene FRESH+™

Penapis udara pintar bukan sahaja dapat membuang bakteria sehingga 99.999%, tetapi juga meminimumkan bau busuk dalam peti ais. Selain itu, anda boleh memastikan barangan makanan anda lebih segar dalam keadaan yang lebih bersih.

#5 DoorCooling+™

Menjadikan suhu dalam peti sejuk sehingga 19% lebih pantas dan sentiasa menyejukkan.
Bagi maklumat lanjut mengenai peti sejuk ini boleh layari laman web LG InstaView Door-in-Door

Tunggu apa lagi, dapatkan dua barangan hebat dari LG ini segera untuk kehidupan yang lebih selesa dan bergaya.

Bukan itu sahaja, untuk mengetahui lebih mengenai peralatan dapur LG boleh saksikan program Sajang Ajar Masak musim kedua yang dihoskan oleh Catriona Ross atau Kak Kek bersama artis jemputannya. Ia akan ditayangkan Astro Ria bermula 1 April ini setiap hari Jumaat jam 5.30 petang serta di Gempak Youtube dan Facebook setiap hari Khams jam 4.30 petang.