HIBURAN
Sambut Aidilfitri Di KL, Uncle Mike Kongsi Rutin Pagi Raya Bersama Anak & Cucu - “Seperti Kebiasaan…”
Individu yang menjaga tiga orang anak yatim piatu sejak 17 tahun lalu iaitu Uncle Mike atau nama sebenarnya Michael Tong Wai Siong berkongsi rutin sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Raya rumah ke rumah
Hanya sambut di Kuala Lumpur, Lelaki berusia 56 tahun itu berkata dia, anak-anak dan cucu akan beraya ke rumah kawan-kawan sahaja selain menziarahi datuk yang menetap di Klang.
“Kami sambut raya di KL saja. Seperti kebiasaan, pagi raya anak-anak pergi solat raya dan kemudian bersalam-salaman di rumah.
“Kami juga ada menziarahi rumah datuk yang memang setiap tahun sejak 17 tahun kita pergi. Lepas itu, beraya di rumah kawan-kawan yang berada di Kuala Lumpur,” kongsinya kepada Gempak.
Bunga api
Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya, salah seorang anak Uncle Mike iaitu Rasyid memberitahu dia hanya bermain bunga api bersama anak saudara memandangkan mereka menetap di rumah apartment.
“Kenangan raya masa kecil, sudah tentu paling best dapat duit raya. Kami tak main mercun waktu raya tapi selalunya main mercun waktu Chinese New Year saja.
“Sebab kami pun duduk rumah apartment, jadi susah la nak main mercun. Tapi ada la main bunga api bersama anak buah,” katanya.
Kisah Uncle Mike mula menjadi perhatian dan inspirasi kepada masyarakat apabila dia mengambil tiga anak angkat Melayu yatim piatu iaitu Rafei Ahmad Fauzi, dan dua adiknya, Rasyid dan Abdul Rahman.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dapat Merasai Kasih Sayang Keluarga’ - Tahun Baharu Cina Penuh Makna Buat Anak-Anak Angkat Uncle Mike
ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Mike Sambut Tahun Baharu Cina Bersama Anak-Anak, Teruja Terima ‘Orang Baharu’ Dalam Keluarga - “Kali Ini Sangat Istimewa Sebab…”
Must-Watch Video