Laman Utama

Muhyiddin Yassin Yakin Jadi PM Lagi Sekali Sebab Ada Sokongan Mencukupi, Tapi Lain Pula Kata Zahid Hamidi

Awani
20/11/2022
21:00 MYT
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada parti dan beberapa Ahli Parlimen untuk membolehkan dirinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Muhyiddin berkata, keyakinan itu diperoleh susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.
Menurut Muhyiddin, kedua-dua pemimpin itu serta ‘beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain’ telah memberi komitmen untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang membolehkan saya dilantik Yang-di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” ujar Muhyiddin lagi.
Terdahulu, Abang Johari mengumumkan persetujuan GPS untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan GRS susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada parti memperolehi majoriti mudah.
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee pula ketika ditemui di luar kediaman Muhyiddin mengesahkan bahawa beberapa pemimpin BN turut telah memberi sokongan kepada Pengerusi PN itu.
Muhyiddin, bagaimanapun tidak mengesahkan sokongan pemimpin BN dalam kerjasama berkenaan.
Pada awal pagi Ahad, Muhyiddin menegaskan, pendirian PN untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 82 kerusi Parlimen, berbanding PN yang memenangi 73 kerusi pada PRU15.
Bagaimanapun, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional (BN) pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi BN itu turut menegaskan, tiada sebarang rundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud adanya persefahaman penubuhan kerajaan bersama gabungan tersebut.
Sumber - Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.
Berita

“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

gempak
06/05/2024
05:25 MYT
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Berita

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!

gempak
01/05/2024
07:55 MYT
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum
Laman Utama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Undang Ahmad Dhani Sambut Majlis Maulidur Rasul

gempak
28/09/2023
15:42 MYT
Ahmad Dhani bakal melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, esok.