Penerbit dan pengarah, Michael Ang memberikan respon terhadap individu yang mengkritik rupa paras suami pelakon, Ain Edruce iaitu Amirul Hafiz.

Suami Ain seorang yang baik


Michael menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata individu yang sering mengutuk dan membandingkan rupa paras orang lain adalah satu sifat biadap.

“Tak baik cakap muka laki Ain selenga. Baik tau orang dia! Anyway, kalau muka elok perangai macam burung burung berterbangan lagi baik dapat muka selenga tapi duduk diam diam sahaja dalam sangkar,” tegurnya.

ARTIKEL TRENDING: Netizen Mula Muak Dengan Content Wajah ‘Selenga’ Suami? Ain Edruce Beri Penjelasan: “Muka Itu Lah Yang Buat Saya Jatuh Cinta”

BERITA TRENDING: Didakwa Garang Dengan Staf, Ini Respon Mirul & Ain Edruce!


Wajah kacak pun tak guna


Malah kata Michael, lebih baik mendapat suami pandai mencari makan untuk keluarga berbanding yang hanya mengharap rupa paras kacak sahaja.


“Muka elok poket kosong pun tak guna, dah macam tanggung biawak hidup! Muka elok tapi bebal pun tak guna dik!


“Biar lah muka biasa-biasa atau selenga tapi ada otak dan hati perut! Siapa setuju!,” coretnya.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya bersetuju dengan teguran Michael termasuklah pelakon, Bella Astillah.

Terdahulu, seorang pengguna aplikasi X menzahirkan rasa kurang senang apabila Ain kerap kali memaparkan wajah suaminya yang disifatkan ramai sebagai ‘muka selenga’ (muka tiada perasaan).

Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas majoriti wargamaya yang berpendapat bahawa lawak merupakan perkara subjektif dan tidak perlu dikritik sekiranya kurang berminat dengan konten yang diketengakan oleh pasangan tersebut.

BERITA TRENDING: Individu Kecam Konten Ain Edruce & Suami, Netizen Backup - “Kalau Tak Suka Abaikan”


Sekadar info, Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.