Penyanyi Ernie Zakri mengimbas kembali kenangan foto sewaktu zaman kecil.

Ernie berkongsi foto tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“Kalau dulu-dulu ni yang paling lawa. Hahahahaha,” tulisnya ringkas.

Kalau dulu dulu ni yang paling lawo. Hahahahaha.

A post shared by @ erniezakri on


Bagaimanapun foto tersebut telah menarik perhatian peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Ernie.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan Ernie berwajah ‘baby face’ kerana tidak banyak berubah sebaliknya menjadi lebih cantik.

“Dulu comey, sekarang cantik,” komen @wanieykechik

“Muka zaman Friendster dan MySpace ni,” usik @syafiqaznan91

“Ya Ampun, dulu-dulu pun dah comel. Sekarang lagi comel! Apa rahsia?” puji @miffazzah

Dalam perkembangan lain, Ernie merupakan juri tetap bagi program Ceria Megastar 2 yang bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631).

Selain itu, Ernie juga tercalon dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME2020) bagi kategori penyanyi MeleTOP.

AME2020 akan bersiaran secara langsung pada 12 April ini. Pertama kali dalam sejarah anda boleh menyaksikannya dalam kualiti 4K UHD. Naik taraf percuma tersedia buat pelanggan Astro yang layak, hubungi 03-7490 8000.

Jangan lupa saksikan juga drama lakonan Ernie, Suri Katriana dalam telefon pintar anda menerusi aplikasi Astro Go.

Muat turun aplikasi Astro Go di Google Play dan Apple Store sekarang!