Hiburan

Mula Dari Bawah, Farhan Asri Tak Kisah Lambat Naik

gempak
Kamaruddin Razal
03/12/2019
21:34 MYT
Sponsor Banner
Mula Dari Bawah, Farhan Asri Tak Kisah Lambat Naik
Pelakon baru, Farhan Asri sanggup bermula dari bawah untuk mencipta nama dalam dunia hiburan.
Mengukuhkan tapak dalam bidang lakonan, Farhan tidak kisah dirinya lambat naik berbanding rakan-rakan yang lain.
"Biarpun menyerlah dalam Hero Remaja 2017 sehingga berjaya meraih tempat kedua, perkara terbabit tidak menjadi 'tiket' mudah untuk saya dikenali dalam dunia lakonan.
"Kini, saya bermula dari bawah untuk mencipta nama. Saya harus berusaha dengan keras untuk menguatkan nama dalam bidang seni.
"Saya juga tak kisah diri saya lambat naik, asalkan saya memberikan usaha yang sehabis baik.
"Lihat sahaja Syafiq Kyle. Namanya tidak terus menyerlah selepas tamatnya Hero Remaja tetapi dia membina nama perlahan-lahan sehingga berjaya mengukir populariti yang dikecapinya sekarang," kata Farhan.
Bintang drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek ini juga tidak meminggirkan bidang pelajaran.
"Selain berlakon, saya merupakan pelajar sarjana muda di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Interpersonal Communication.
"Selepas tamatnya diploma, saya menyambung pelajaran tetapi secara separuh masa sahaja. Pelajaran amat penting jadi tak ada sebab untuk saya mengabaikannya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Farhan baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Izrail Memanggil arahan Zamri Zakaria.
"Ini pengalaman baru untuk saya dalam menjayakan watak antagonis kerana sebelum ini saya sering diberikan peranan berbeza.
"Memegang watak Badri, saya berterima kasih kepada pengarah yang banyak membantu saya dalam menjayakan naskhah ini," katanya lagi.
Izrail Memanggil yang diterbitkan oleh Mind Eyes Prod Sdn Bhd turut dibintangi oleh Hafreez Adam, Tiz Zaqyah, Iswan Ismail, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024