gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Dalam Hati Mesti Cakap…” - Peminat Tergamam Jumpa Zizan Razak, Siap Dapat Belanja Makanan
BERITA
Mahu Penuhi Keinginan Teman Lelaki, Ibu Tergamak Biar Anak Dinoda
BERITA
Tidur Dengan Mayat Suami Selama Tujuh Hari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Mula Ingat Biasa, Hari Ketiga Dah Rasa Pelik”- Mawar Karim Kongsi Pengalaman COVID-19

Mya Amri
Mya Amri
20/01/2021
09:45 MYT
Sponsor Banner
“Mula Ingat Biasa, Hari Ketiga Dah Rasa Pelik”- Mawar Karim Kongsi Pengalaman COVID-19
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim berkongsi pengalamannya selepas disahkan positif COVID-19.
Mawar menceritakan perkara itu di akaun Instagram menerusi ruangan Insta Stories selepas dia membuka sesi soal jawab kepada pengikutnya baru-baru ini.
Menurut Mawar, dia menyangka hanya mengalami demam biasa namun masuk hari ketiga badannya mula berasa pelik.
“Macam mana boleh kena? Bermula sebelum tahun baru saya dah rasa demam setelah empat tahun tidak demam.
“Di situ bermulanya. Mula-mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada apa-apa tanda. Hari ketiga dah mula rasa pelik jugak. Pergi swab test…” tulis Mawar.
Tambah Mawar lagi, setiap pesakit COVID-19 mempunyai tanda-tanda yang berbeza mengikut ketahanan badan.
“Alhamdulillah Maryam tidak tunjuk apa-apa tanda hanya demam itu pun semasa dah ditahan di wad.
“Saya pula… Tak tahu nak ungkap bagaimana, tetapi lain orang lain rasa. Waktu bila sesak nafas, sakit kepala sekaligus datang tapi masih kawal depan keluarga sebab tak mahu mereka risau,” jelasnya.
Sebelum ini, Maryam dan Mawar Karim telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif Covid-19.
Dalam perkembangan terkini, Mawar dan Maryam sudah dibenarkan pulang.
BACA: Tiga Minggu Berjauhan, Fizo Omar Seronok Dapat Jumpa Maryam
Topic Berkaitan
#Fizo Omar
#Mawar Karim
#Wan Maryam
#COVID-19
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement