Laman Utama

Tiga Minggu Berjauhan, Fizo Omar Seronok Dapat Jumpa Maryam

gempak
Zulaikha Yusof
20/01/2021
06:40 MYT
Sponsor Banner
Tiga Minggu Berjauhan, Fizo Omar Seronok Dapat Jumpa Maryam
Pelakon dan usahawan Fizo Omar, 35, tersenyum gembira selepas dapat bertemu dengan anak tunggalnya, Wan Maryam, 3.
Sebelum ini, Maryam dan Mawar Karim telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif Covid-19.
BACA: "Keadaan Mereka Kini ..." - Fizo Omar Sahkan Anak & Mawar Karim Positif Covid-19"
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia sudah menghubungi pakar perubatan bagi mengesahkan Maryam kini bebas dari wabak merbahaya itu.
"Hari ini hari yang dinantikan setelah tiga minggu saya tak jumpa Mariam. Hari ke-20, saya dah hubungi doktor dan dah boleh jumpa Mariam.
"Mariam dah sihat. Mariam dah bebas dari Covid. Mariam akan tinggal di rumah daddy malam ini," katanya.
Momen bahagia itu dikongsikan menerusi sebuah rakaman video yang dimuatnaik di Instagram (IG) miliknya, semalam.
Mariam turut meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya ketika dalam perjalanan menuju ke rumah Fizo.
Dalam pada itu, pelakon drama Adellea Sofea turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan kesembuhan puteri kesayangannya.
"Kepada semua yang mendoakan Mariam, Mariam dah sihat. Cuma dipesan supaya lebih berjaga-jaga, tak dibawa ke mana-mana. Terima kasih yang mendoakan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024