Laman Utama

"Mula-Mula Rasa Gemuruh Sebab ..." - Kugiran Masdo Lakar Sejarah, Pukau Peminat Di Dewan Filharmonik Petronas!

Asyikin Mayudin
25/07/2023
14:52 MYT
Kumpulan Kugiran Masdo terus melakar sejarah melalui konsert solo pertama mereka di Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.
Biarpun permulaan persembahan ahli Kugiran Masdo iaitu Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi kelihatan gementar namun mereka berjaya memukau 920 peminat yang hadir untuk menonton konsert kumpulan itu secara langsung.
Dewan Filharmonik Petronas juga dipenuhi dengan tepukan dan penonton dapat menyanyi bersama ketika mereka menyampaikan lagu Teruna Dan Dara, Janji Manis dan Miss Flower Learns To Twist.
Kugiran Masdo turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka iaitu Kasih Dan Sayang, Ratu Hati Kecundang, Berduka Lara, Inilah JalanNya dan Dinda Dewi Puspita.
Menariknya lagi, semua penonton turut dapat berdiri dan berdansa sekali ketika kumpulan itu mempersembahkan lagu popular mereka Malam Pesta Rock & Roll dan Bercanda Di Malam Indah.
Dalam pada itu, Ali selaku vokalis mengakui mereka tidak jangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat dan akan menjadikan ia satu momen yang dikenang sampai bila-bila.
“Sebenarnya kami tidak jangka akan menjadi semeriah ini… Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir. Sejujurnya, masa awal-awal itu memang rasa gemuruh sebab mungkin sebab enviroment tempat ini luar biasa.
“Buat saya rasa gugup sikit, tapi selepas itu saya cuba catch up dan mengharapkan penonton beri tenaga… Alhamdulillah penonton beri energy yang luar biasa.
“Konsert pun berakhir dengan sangat indah dan salah satu momen yang kita akan kenang sampai bila-bila… boleh diceritakan kepada anak-anak cucu akan datang,” kata Ali kepada Gempak.
Buat pertama kali secara spontan, Kugiran Masdo mempersembahkan lagu terbaharu mereka berjudul Pujaanku tanpa rakan duet mereka iaitu penyanyi Aisyah Aziz.
BACA SINI: Macam Masuk Era Retro! Lagu Baharu Kugiran Masdo & Aisyah Aziz Ni Vibes Lain Macam
BACA SINI: Kugiran Masdo Bikin Konsert Di Dewan Filharmonik Petronas!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

gempak
17/07/2024
15:55 MYT
Selepas sambutan memberangsangkan di beberapa wilayah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali pada Mei dan Jun lalu, Kugiran Masdo melebarkan sayap mereka dengan bermain di festival muzik di Mongolia dan Korea Selatan.
Hiburan

Pernah Dikritik Penampilan Tak Mandi, Ini Respon Kugiran Masdo - “Kami Tak Simpan Dalam..”

gempak
19/06/2024
08:55 MYT
Pernah menerima komen berbaur kritikan mengenai penampilan mereka yang dikatakan seakan ‘tidak mandi’, kumpulan Kugiran Masdo anggap ia sebagai satu teguran bagi memperbaiki diri.
Hiburan

Dikritik Penampilan Seperti ‘Tak Mandi’, Wargamaya Back-Up Masdo

gempak
17/05/2024
14:00 MYT
Penampilan penyanyi berkumpulan, Masdo menerima kritikan daripada warganet baru-baru ini apabila dikatakan seperti tidak mandi.
Hiburan

Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!

gempak
07/05/2024
14:05 MYT
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).