Filem Syif Malam Raya lakonan bintang YouTube Syahmi, Asif dan Yoe sudah boleh didapati di Astro First, saluran 480 mulai semalam.

Walaupun masih kurang 24 jam ditayangkan, file mini sudah mula mendapat sambutan hangat dari penonton yang sudah lama ingin melihat lakonan tiga sekawan itu.

Ternyata filem ini tidak mengecewakan apabila ramai yang sudah mula memberikan komen-komen positif terhadap Syif Malam Raya.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyukai jalan cerita dan lawak bersahaja yang ditunjukkan oleh Syahmi, Asif dan Yoe bersama kumpulan Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif dan Syaiful.

“Dah tayang je terus beli. Mula-mula start pun dah lawak hahahahah,” komen Abell

“Best boh cerita mu, aku layan tadi,” tulis Azzam Mustafar.

“Dah langgan doh Asif, lawak jettak,” coret Alya.

Selain itu, Syif Malam Raya juga menampilkan Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020 (hari ini)

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.