Mula Rasa Mual & ‘Craving’ Makan Singgang Kuning, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil - “Apa-Apa Doakan”
Asyikin Mayudin
21/08/2024 10:25 MYT
21/08/2024 10:25 MYT
Perkongsian video pelakon Datin Atikah Suhaime yang pulang ke Singapura disebabkan teringin makan lauk singgang kuning masakan ibunya menarik perhatian netizen.
Rasa mual
Menerusi perkongsian itu, Atikah memberitahu dia mula berasa mual dan teringin makan masakan itu sejak akhir-akhirnya.
“Terasa mual-mual sejak akhir-akhir ini. Mama masakkan singgang kuning. Jadi, balik sekejap la kita. Lama tak makan singgang macam ini. Selalu waktu sakit-sakit saja mama masakkan.
“Tapi sejak akhir-akhir ini saya memang craving singgang kuning macam ini,” kongsi Atikah.
Syak berbadan dua
Disebabkan perkongsian tersebut, netizen mula membuat andaian mengatakan pelakon berusia 33 tahun itu sedang berbadan dua.
“Datin ada burn in oven (hamil) ini,” komen individu tersebut.
Bagaimanapun, isteri kepada usahawan Datuk Lokman Teh itu membalas komen tersebut dengan mengatakan dia masih belum ada kepastian memandangkan tidak membuat pemeriksaan kehamilan lagi.
Belum Periksa
“Tak pasti sis. I tak check lagi. Apa-apa doakan,” jawab Atikah secara ringkas.
Rata-rata netizen di ruang komen turut meneka Atikah sedang hamil disebabkan rasa mual dan keinginan untuk makan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet
ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Puji Atikah Suhaimie Rajin Masak Sahur - “Boleh Katakan Setiap Hari Aku Macam Wajib Tengok…”
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.
undefined