Laman Utama
“Mula-Mula Saya Gembira Ada Wanita Celik Nakkan Saya, Tapi…” -Fendy Caliph Buskers Nafi Lagu Baru Untuk Bekas Isteri
Penyanyi Fendy yang juga pemain dram kumpulan Caliph Buskers menafikan lagu barunya berjudul ‘Mengharapkan Mu’ mempunyai kaitan dengan bekas isteri.
Spekulasi timbul selepas lagu tersebut dilancarkan pada 14 Ogos lalu dan rata-rata pendengar berpendapat ia luahan penyesalan Fendy terhadap penceraian bersama bekas isterinya.
“Saya tahu ada netizen mengaitkan lagu tersebut dengan bekas isteri. Ada yang kata saya kembali mengharapkan cintanya semula dan macam-macam hal lain. Tapi semua itu hanyalah persepsi mereka semata-mata.
“Janganlah mengaitkan apa-apa dengan bekas isteri. Dia pun sudah ada kehidupan tersendiri dan mungkin juga sudah bertemu dengan orang lain. Tak manis untuk terus mengaitkan kami lagi.“Mereka boleh sahaja mengatakan apa sahaja tetapi yang tahu kebenarannya tetap saya juga. Lagu ini tidak ada kaitan sama sekali dengan bekas isteri. Ini adalah luahan hati saya terhadap seseorang,” kata Fendy.
Untuk rekod, rumah tangga yang dibina bersama pemain perkusi Caliph Buskers, Nur Nadira Rubiana, 29 tahun berakhir pada tahun 2017.
Namun penceraian mereka hanya didedahkan awal tahun ini. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Azalea Zafirah, 5 tahun.
Bagi Fendy, lagu tersebut merupakan luahan isi hatinya kepada seorang yang baru dikenalinya pada tahun lalu.
Namun, kemanisan bercinta tidak kekal lama dan akhirnya hubungan tersebut berakhir begitu sahaja.
“Kalau boleh diputarkan masa, saya berharap supaya kami tidak saling kenal mengenal. Untuk apa bertemu kalau akhirnya berpisah? Saya anggap pertemuan kami pada waktu yang salah.
“Pada awalnya saya gembira kerana ada wanita celik yang mahukan lelaki buta seperti saya. Tapi apa kan daya, tiada jodoh antara kami.
"Kerana patah hati itu jugalah yang membuatkan saya menghasilkan lagu ini. Ini luahan perasaan yang tak kesampaian,” kata Fendy lagi.
Dalam pada itu, Fendy menafikan dakwaan mengatakan Caliph Buskers bermasalah membuatkan dia menghasilkan lagu solo.
Jelasnya, mereka masih bersama-sama namun boleh bergerak secara solo demi kelangsungan hidup.
Dia juga menegaskan hubungan bersama bekas isteri baik-baik sahaja dan mereka masih boleh bermain muzik bersama-sama tanpa sebarang dendam di hati.
“Kami masih boleh pergi bekerja dan minum bersama. Tak ada isu pun yang harus dibangkitkan memandangkan masing-masing dah move on. Cuma untuk netizen di luar sana, ada pesanan yang saya nak sampaikan.
“Kalau melibakan bab bercerai ni, tak kisahlah celik atau tak nampak, tetap akan melaluinya. Sesiapa sahaja bergelar manusia mungkin akan melaluinya,” kata Fendy lagi.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Fenelea ini boleh ditonton melalui saluran YouTune INDIGITAL MUSIC.
Must-Watch Video