Hiburan
Mula-Mula ‘Wheelie’, Lepas Tu Serah Diri...
Sejak kelmarin, platform media sosial telah ‘dibanjiri’ dengan video seorang kanak-kanak lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya.
Video berdurasi selama 18 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berbaju merah sedang menunggang motosikal Honda EX-5 hitam dan nombor pendaftarannya kabur.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah saiz kanak-kanak tersebut yang terlalu kecil untuk menunggang motosikal.
Bukan saja tidak menyarung topi keledar, malah tindakan kanak-kanak tersebut membuat aksi ‘wheelie’ mengundang kerisauan ramai.
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut dikatakan telah pun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, 2.40 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kanak-kanak dipercayai berusia 10 tahun itu datang bersama bapanya berusia 50-an.
“Tindakan akan diambil berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.
“Selain itu kanak-kanak lelaki terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar.
"Tindakan juga diambil terhadap warisnya mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor
"Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tindakan saman atas kesalahannya," katanya.
Gambar: Twitter
Must-Watch Video