Penyampai radio Munaabella menjadikan Yuna sebagai idola selepas kagum melihat hijab tidak menghalang figura kelas antarabangsa itu berjaya di luar negara.
Menurut Munaa yang mengendalikan segmen Daebak Era pada setiap malam, pada awalnya dia merasa kurang berkeyakinan untuk memasuki industri hiburan kerana masih ramai yang belum berhijab pada waktu itu.
“Munaa suka Yuna, yang dapat buktikan walaupun seorang wanita berhijab mampu bina kerjaya di peringkat antarabangsa. Mula masuk industri hiburan, Munaa agak insecure sebab tak berapa ramai lagi wanita yang menceburi bidang hiburan berhijab pada masa itu dan Munaa jadikan Yuna sebagai rujukan.
“Kalau dari segi pengacaraan pula, Munaa suka tengok pembawakan diri Sherry Alhadad dan jadikan dia sebagai mentor,” jelas Munaa kepada Gempak.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada bulan Mac setiap tahun, Munaa selaku bintang muda mahu mencuba pebagai cabang industri seni untuk meramaikan lagi bakat-bakat wanita.
“Selain penyampai radio, Munaa aktif sebagai pelakon, pengacara dan content creator.
“Kalau ada ruang dan peluang memang nak cuba. Kalau dari segi lakonan Munaa nak cuba pelbagai lagi watak dan kalau mengacara sebenarnya Munaa teringin nak buat travelog.
“Sebab Munaa tengah belajar bahasa Korea, jadi kalau ada peluang dapat buat apa apa yang berkaitan dengan K-pop atau Korean Entertainment memang Munaa nak teruja nak buat,” katanya lagi.
Tambah anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi, dia mengimpilan untuk memiliki perusahaan sendiri suatu hari kelak.
“Munaa berharap dalam masa lima tahun akan datang, Munaa impikan untuk mempunyai perniagaan sendiri yang dikenali dan menembusi pasaran luar,” ujarnya sebagai penutup.
Azwa Rahman
Sat Mar 12 2022


Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian

“Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen
Bukan yang biasa tapi guna bahan premium tau.

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil?
Ramai yang terkejut...

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”
Bukan betul-betul pun

Lisdawati Kongsi Pengalaman Pernah Cedera Ketika Penggambaran - “Saya Jatuh Kuda, Nak Angkat Badan Pun Tak Boleh”
Kena sentiasa jaga diri sendiri.

“Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan” - Ustaz Azhar Idrus Dibenarkan Pulang
Alhamdulillah.

“50 Peratus Persiapan Sudah Dilakukan” - Mimi Lana Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle
Semoga dipermudahkan

Pelakon Filem John Wick, Lance Reddick Meninggal Dunia
Salam takziah buat keluarga...