Seperti diketahui ramai peminat, penyanyi berbakat, Aina Abdul tampil dengan lagu terbarunya berjudul Sepi.

Muzik video rasmi lagu ini telah mula ditayangkan di saluran YouTube Aina Abdul, dan setakat artikel ini ditulis, jumlah tontonannya telah melebihi 120,000 tontonan.

Menerusi ruangan komen, Aina tampil menjelaskan tentang erti sebenar lagu itu.

"Lagu ini adalah untuk semua fighters dan survivors di luar sana yang dah kerja keras dalam hidup anda.

"Anda disayangi dan dihargai, semua kerja keras itu akan berbaloi, itu mesej Aina dalam lagu ini.

"Sepi adalah lagu untuk setiap orang, biar Sepi jadi lagu hidup anda," tulisnya.

Dalam pada itu, Aina tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah menonton dan mereka yang bakal menonton muzik video tersebut.

"Terima kasih semua yang sudah menonton dan akan menonton, semoga Allah SWT memberkati anda semua," tulisnya lagi.

Lagu Sepi ditulis oleh Aina sendiri bersama Wan Zakaria dan digubah oleh Aina bersama Sarry Khaled.