Laman Utama

“Mungkin Kelakar Bagi Kau, Tapi…” – Streamer Buat Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Yana Samsudin Lapor Polis

gempak
Fiza Kamarudin
17/07/2021
04:22 MYT
Sponsor Banner
“Mungkin Kelakar Bagi Kau, Tapi…” – Streamer Buat Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Yana Samsudin Lapor Polis
Pelakon Yana Samsudin membuat laporan polis terhadap streamer permainan dalam talian kerana melakukan gangguan seksual secara lisan iaitu 'double meaning' dan berbaur lucah kepada kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.
Yana berkata, dia bertindak membuat laporan polis kerana ini bukan kali pertama streamer tersebut berbuat demikian.
“Bukan kali pertama pelaku buat benda menjijikkan macam ni. Dia suka mencarut menggunakan perkataan kotor di dalam streamnya.
“Ramai viewers minta saya tengok live stream ‘dia’ tapi saya tolak dan menasihati rakan viewers dan supporters, untuk mengelakkan dari tonton dan support streamer macam tu.
"Kita tak tahu apa tujuan dia buat macam tu...Sengaja nak naikkan followers ke? Dia semakin melampau dan menjijikkan apabila menggunakan perkataan double meaning dan berbaur lucah kepada seorang kanak kanak perempuan berusia 13 tahun!,” katanya.
Yana mendakwa, individu tersebut juga melanggar etika streaming dan streamer kerana melakukan perkara yang boleh di kaitkan dengan kesalahan yang berhubungan dengan pengantunan kanak-kanak.
“Dia berkomunikasi secara seksual dengan kanak kanak dan juga menerbitkan konten secara siaran langsung dengan menggunakan kanak-kanak.
"Selepas itu ada pula pihak lain yang edit dan jadikan video untuk tontonan umum. Perkara macam ini tidak sihat," katanya.
Tambah Yana lagi mungkin tindakannya membuat laporan polis dianggap kelakar oleh sesetengah pihak tetapi ia mengganggu orang lain.
“Ada je yang anggap laporan polis saya tu kelakar. Ya, mungkin kelakar bagi kau tapi benda macam ni boleh menyebabkan kanak-kanak tu trauma, terganggu emosi.
“Bayangkan kalau anak-anak kita pula diganggu dengan individu tidak bermoral macam tu? Takkan kita nak berdiam diri?
“Jadilah warga yang prihatin, nampak kesalahan di depan mata, bertindaklah dengan lapor pihak berkuasa, selagi si pelaku tak kena apa-apa tindakan, selagi tu dia akan ulang buat kesalahan yang sama.
“Selesai tugas kita untuk lapor, tugas pihak berkuasa pulak untuk ambik tindakan,” katanya yang mendakwa pelaku pernah menjadi pelakon tambahan watak jahat dalam filem Paskal The Movie.
Yana telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pada Rabu.
Dalam pada itu Yana turut menasihati ibu bapa di luar sana agar memantau aktiviti anak-anak mereka dan mengambil tindakan segera jika berdepan dengan individu-individu tidak bermoral.
"Ibu bapa kena pantau anak-anak...Apa yang anak kita buat. Tak kisahlah di luar rumah atau bermain gadget. Kita tak mahu anak-anak terdedah dengan perkara tidak bermoral seperti ini," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live