,
Hiburan

“Mungkin Mereka Ingat Kita Pakai Tudung Ini Untuk Aksesori Saja” - Hannah Delisha

Asyikin Mayudin
25/06/2024
02:55 MYT
Pelakon Hannah Delisha mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk membawa watak yang memerlukan dirinya buka tudung namun menolak dengan cara baik.

Tak Salahkan Produksi Luar

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Hannah berkata dia memahami permintaan produksi dari luar yang bukan beragama Islam dan menganggap tudung itu hanya sekadar perhiasan saja.

“Saya pernah dapat (tawaran untuk buka tudung) tapi saya tak salahkan mereka. Sebab mereka bukan orang Muslim. Produksi luar, berlainan bangsa… mereka tak faham.

“Mungkin mereka ingat kita pakai tudung ini untuk aksesori saja. Mereka tak faham, tapi bila saya beritahu mereka saya tak boleh buka tudung, mereka faham la,” kata Hannah kepada Gempak.

Sukar Dapat Tawaran Watak Diimpikan

Hannah turut mengakui penampilan berhijab menyukarkannya untuk mendapat tawaran watak mencabar yang diimpikan seperti hantu.
“Saya suka watak mencabar, tapi saya faham bila dah bertudung ini tak banyak watak yang boleh dapat. Tapi saya cuba la kalau dapat watak yang mencabar, saya tak rasa tudung menjadi satu isu la.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang Orang ‘Meluat’, Redza Rosli Enggan Terlalu Tayang Kebahagiaan- “Kalau Benda Yang Tak Perlu Ditunjuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk ‘Wardrobe’ Ikut Kesesuaian Watak - “Tapi Bergantung Juga, Ada Masa Kita…

“Sebab pada akhirnya, awak nak jadi seorang pelakon, orang nak tengok pada lakonan… bukan sebab pakai tudung ke tak. Saya teringin nak buat watak lakon aksi, kalau hantu pun boleh juga.

“Tapi itulah… kita dah bertudung kan. Saya faham segelintir penulis skrip dan penerbit rasa pakai tudung tak sesuai la nak bawa watak hantu, tapi bagi saya kalau nak jadikan cerita, it is fiction story, you can just make it happen if you want to,” katanya.

Tak Ada Peluang Berlakon Filem

Berkongsi mengenai karier seni, Hannah memberitahu dia masih belum berkesempatan untuk mengorak langkah ke dunia perfileman biarpun pernah mendapat beberapa tawaran.
“Untuk filem, memang ada tawaran tapi saya tak tahu la kenapa, tapi saya selalu dapat tawaran yang tak bersesuaian dengan waktu. Maknannya, saya dah lock untuk drama, tapi dalam masa sama tiba-tiba dapat tawaran filem.
“Saya tak boleh nak letak tepi drama itu hanya untuk filem itu sebab saya pun dah lock kan. Saya kena lunaskan tanggungjawab dengan pihak drama. Selalu dapat tawaran waktu yang salah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Seminit Gembira, Tiba-Tiba..." - 3 Bulan Hannah Delisha Hamil, Sebulan Bayi Dikandung Meninggal Dunia Dalam Kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha Alami Keguguran - “Insya-Allah Jumpa Di Syurga Nanti”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Soal Harga, Personaliti Hannah Delisha Diutamakan Untuk Jadi Duta Produk - “Dia Tidak Mahal, Kita Jangan Fikir…”
ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha Akui Penat Menangis Dalam ’Andai Itu Takdirnya’ - “Sebab Itu Habis Projek Ini Saya Nak Ambil…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”

gempak
12/09/2024
01:51 MYT
Memegang watak sebagai seorang mualaf yang memerlukan dirinya memakai tudung membuatkan pelakon Nina Kho berasa teruja biarpun mengakui sukar untuk menggayakan imej itu.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Hiburan

Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

gempak
15/07/2024
17:55 MYT
Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.
Hiburan

Hannah Delisha Sanggup Keluarkan Duit Sendiri Untuk ‘Wardrobe’ Ikut Kesesuaian Watak - “Tapi Bergantung Juga, Ada Masa Kita Nak…”

gempak
04/06/2024
09:55 MYT
Pelakon Hannah Delisha memberitahu seorang pelakon perlu mengeluarkan wang sendiri untuk penyediaan ‘wardrobe’ bagi watak dalam sesebuah karya merupakan perkara biasa yang sudah berlaku dalam industri seni.
Viral

Pengasas Bulan Bintang Berhabis RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Hadiah Pakej Umrah!

gempak
01/04/2024
11:57 MYT
Azzim Zahid Azmi memperuntukkan kira-kira RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.
Unitar