Hiburan

"Seminit Gembira, Tiba-Tiba..." - 3 Bulan Hannah Delisha Hamil, Sebulan Bayi Dikandung Meninggal Dunia Dalam Kandungan

gempak
Amri Hassan
31/03/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Seminit Gembira, Tiba-Tiba..." - 3 Bulan Hannah Delisha Hamil, Sebulan Bayi Dikandung Meninggal Dunia Dalam Kandungan
"Saya menangis kerana flashback trauma, tapi saya okey," demikian kata-kata pelakon jelita kelahiran Singapura, Hannah Delisha ketika berkongsi kisah bayi yang dikandungnya tidak bernyawa.
Jelas Hannah, menyedari kandungan yang mencecah 13 minggu tidak lagi bernyawa meninggalkan kesan emosi mendalam buatnya.
"Saya sedikit down ketika itu... Saya terimbas balik apa yang saya lalui, saya tak pernah masuk hospital dan menjalani pembedahan. Ia proses yang traumatik.
"Apabila tahu hamil, saya dapat rasakan kebahagiaan ketika scan baby, suami saya Imam pun ada bersama ketika itu. Saya happy dan sedih itu dalam seminit saja.
"Segalanya berlaku cepat, saya perlu membuat keputusan dengan pantas sama ada untuk melakukan prosedur cuci rahim atau mengeluarkan bayi saya secara semulajadi.
"Masa itu susah sikit saya nak pilih, saya takut, tak pernah lalui pembedahan dan seumpamanya," ceritanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Hannah Delisha Alami Keguguran - “Insya-Allah Jumpa Di Syurga Nanti”

Hannah ditemui pada pada acara Sinar Ramadan anjuran jenama baju Melayu Bulan Bintang dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Surau Al Mukmin di Bandar Saujana Putra (BSP), Selangor pada Sabtu.
Melanjutkan bicara, kata Hannah dia dikhabarkan tentang keadaan bayinya yang tidak lagi bernyawa ketika melakukan pemeriksaan imbasan kali kedua.
"Tak ada simptom sebenarnya, doktor maklumkan kandungan saya 'missed miscarriage'. Tak ada sakit perut, badan saya rasa saya masih hamil dan saya tahu saya ketika itu sedang hamil.
"Kali pertama scan pada usia empat minggu, tapi doktor tak berani nak kata apa-apa sebab baby kecil sangat.
"Kali kedua scan, saya rasa normal, sepatutnya usianya ketika itu sekitar 13 minggu, patutnya dah ada jantung, tapi apabila scan doktor dapati bayi saya kandung tiada degupan jantung.
"Saya tanya doktor keadaan sebenarnya, ini pengalaman pertama saya. Yang membuatkan saya bertambah down, saya tak tahu dah sebulan bayi yang saya kandung sebenarnya tidak bernyawa dah," ujarnya yang kini sedang berpantang pada hari ke-12.
Biarpun tiada rezeki untuk menimang cahaya mata pertamanya, Hannah dan suami percaya dengan perancangan Allah.
"Saya baru mula bekerja semula dan rasa diri saya lebih baik sekarang. Saya masih akan perlu menjalani pemeriksaan sebelum pulang ke Singapura untuk berhari raya untuk pastikan semuanya okey.
"Saya bersyukur, saya sentiasa percaya pada perancangan Yang Maha Esa, kalau diizinkan saya akan terima.
"Saya akan berjaga-jaga jika diizinkan terima zuriat sekali lagi saya akan berhati-hati selepas ini," ujarnya.

BERITA TRENDING: Hannah Delisha Akui Salah Sentuh Pelakon Lelaki Dalam Drama; “Saya Hanya Melakukan Tanggungjawab Sebagai…”

Pada 17 Mac lalu, Hannah berkongsi khabar duka dirinya keguguran melalui ciapan di pelantar X.
Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.

PILIHAN PEMBACA: Hannah Delisha Akui Penat Menangis Dalam ’Andai Itu Takdirnya’ - “Sebab Itu Habis Projek Ini Saya Nak Ambil…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024