Laman Utama

“Mungkin Sebab Dapat Suami Rajin”- Rancang 4 Anak Jer Tapi Wanita Ini Syukur Dikurniakan…

gempak
Hanafis Haris
10/04/2022
04:36 MYT
Sponsor Banner
“Mungkin Sebab Dapat Suami Rajin”- Rancang 4 Anak Jer Tapi Wanita Ini Syukur Dikurniakan…

Tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita berkongsi kegembiraan berkahwin muda seawal umur 16 tahun bersama suaminya.

Apa yang lebih menarik, wanita itu turut bersyukur dikurniakan tujuh orang anak berserta seorang suami yang rajin.

“Bukan suami yang anak ramai tapi diri sendiri. mungkin sebab dapat suami yang rajin tolong uruskan rumah tangga so tak serik beranak,” katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menceritakan dia pernah berasa serik selepas Czer anak ketujuh sehingga meminta doktor untuk mengikat.

Dia bagaimanapun rasa syukur kerana doktor menasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana masih muda.

“Tapi lepas czer anak nombor tujuh ni, memang serik sangat, siap request dekat doktor nak ikat tapi doc tak bagi pulak, dia kata muda lagi.

“Untuk yang tengah berusaha untuk ada anak, Akma doakan moga semua dipermudahkan,” katanya.

Menerusi ruang komen, ramai yang memuji apabila wanita berkenaan diberi ‘rezeki’ seorang suami yang rajin membantu kerja rumah.

Menurut mereka, tiada masalah untuk mempunyai anak ramai sekiranya suami turut membantu soal kerja rumah.

Anda boleh lihat antara komen menarik di bawah.

@akmaabdullah90
Bukan suami yang nak anak ramai, tapi diri sendiri.. mungkin sebab dapat suami yg rajin tolong uruskan rumah tangga so tak serik beranak ? tapi lepas czer anak no 7 ni, memang serik sangat, siap request dekat doc nak ikat tapi doc tak bagi pulak, dia kata muda lagi ? untuk yang tengah berusaha untuk ada anak, Akma doakan moga semua dipermudahkan..
♬ suara asli - Angi Lay
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024