,
Laman Utama

Muntahkan Air Kopi Di Tempat Awam, Wanita Ini Dikecam Netizen

Azwa Rahman
22/11/2021
11:40 MYT
Tindakan seorang wanita memuntahkan air kopi kerana dipercayai kononnya tidak suka minuman itu dikecam netizen di media sosial baru-baru ini.
Menerusi platform TikTok, wanita tersebut berkongsi reaksi muntah tersebut untuk tatapan umum.
Berdasarkan sebuah klip video berdurasi 15 saat yang dikongsi, dia dilihat tidak menggemari kopi tersebut dan memuntahkan semula air yang diminumnya di tempat awam.
Di ruangan kapsyen juga, dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak membeli air kopi tersebut. Susulan perkongsian itu, ramai netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang didakwa tidak menghormati ‘rezeki’ dan berkelakuan tidak senonoh.
@Makeup by Anns:walaupun aku tak minum coffee tapi takde lah sampai nazak mcm nie sekali..”
@aliaa:terang-terang nama air tu iced vanilla latte, mestilah rasa kopi nyahh takkan la air kopi rasa strawberry.”
@cik_jeha channel:banyak lagi air awak boleh minum. Sebab awak mesti tau diri awak susah accept coffee. Jangan buat mcm tu dekat rezeki.”
@Hafizi Abd Rahman:Padahal air tu da 1/4 habis. Pastu nak buat reaksi, still macam tu reaksi kau walaupun da minum yg 1/4 tu?? Wkwkwkwkw kelakor.”
@bellaaa:aku baru beli semalam, rasa dia okay je, sedap.”
@Niaaazaheera:Bukan adab dengan manusia je, adab dengan makanan or rezeki pon penting. Just tegur no hate.”
"@YuzuSen08:kak, ramai lagi yang diluar sana tak dapat makan dan minum, akak dapat minum sedap sedap ni patut bersyukur.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 2.6 juta tontonan di laman TikTok.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bapa Bakar Koleksi Kpop Anak, Netizen Kecam: “Ini Dah Penderaan Mental"

gempak
24/09/2022
05:51 MYT
Kasihan si anak.
Laman Utama

Berkhemah Di Tempat Parkir Kereta Genting Highlands, Sekumpulan Pemuda Ini Dikecam - “Takde Common Sense Ke?”

gempak
23/11/2021
08:01 MYT
Berkhemahlah di tapak yang disediakan.
Unitar