Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Musa Dibawa Keluar Dari Rumah Tanpa Izin Ketika Saya Di Luar Negara" - Mizz Nina

Amri Hassan
28/01/2024 02:03 MYT
Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mendedahkan anak angkatnya, Musa, telah dibawa keluar dari kediamannya tanpa izin dan pengetahuannya ketika dia berada di luar negara.

BERITA TRENDING: Akur Dengan 3 Tuntutan Ibu Kandung Musa, Noh Salleh Mohon Maaf Secara Terbuka

Jelas Nina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, perkara yang disifatkan sebagai pengkhianatan itu memisahkannya dengan Musa selama lebih tiga minggu.

"Musa telah dibawa keluar tanpa pengetahuan dan izin saya ketika saya berada di luar negara. Anak itu telah 'dirampas' dari saya.

"Saya mengambilnya sebagai anak angkat ketika dia baru berusia dua hari dan menyusukannya. Selama dua tahun Musa tidur bersama-sama saya, menjalani rutin kehidupan seharian ke kelas dan kawan-kawannya.

"Dan ketika saya masih dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, dia telah diambil tanpa izin saya, ketika mana dia masih di bawah penjagaan sah saya," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: "Tuhan Saja Tahu Betapa Hancurnya Hati Saya" - Noh Berat Hati Serah Musa Kepada Mizz Nina, Akur…

BERITA TRENDING: Noh Salleh Nafi 'Culik' Anak Daripada Mizz Nina - "Musa Memang Bawah Jagaan Saya, Dia Tengah…

Sepanjang tempoh itu, Nina tidak dimaklumkan tentang keberadaan Musa mahupun sebarang informasi sehinggalah bekas suaminya, Noh Salleh memuat naik gambar Musa dan nama ibu kandungnya.

"Daripada detik itulah, saya tidak dimaklumkan tentang lokasinya dan tiada langsung komunikasi. Tidak menerima sebarang video mahupun gambar selama tempoh lebih tiga minggu.

"Pada tempoh itu juga, bekas suami saya memuat naik gambar wajah Musa di Internet, memungkiri janjinya dan mengatakan dia tidak tahu-menahu tentang perkara itu sedangkan dia tahu.

"Privasi Musa terganggu dan hidupnya sudah tidak sama lagi seperti sebelumnya. Bekas suami saya kemudiannya memuat naik permohonan maaf nama ibu kandung Musa, mendedahkan maklumat sensitif yang mana individu berkenaan pada asalnya enggan dikenali.

"Sekali lagi, perkara itu mendedahkan privasinya begitu juga wajah Musa," tambah Nina.

Nina kemudiannya mendapatkan perintah ex parte daripada mahkamah syariah sehingga Musa akhirnya kembali ke pangkuannya.

"Tiada seorang pun kanak-kanak sepatutnya diambil tanpa izin daripada penjaga yang sah, bagi mengelakkan konflik, saya kemudiannya mendapatkan perintah 'ex parte' daripada mahkamah syariah.

"Alhamdulillah, Musa telah kembali ke pangkuan saya. Dia kini berada di kediamannya selepas melalui pengalaman traumatik," ujarnya.

Jelas Nina lagi, selepas bercerai dengan Noh, bekas suaminya itu dengan rela hati telah menandatangani perjanjian memberikan hak penjagaan sepenuhnya Musa.

"Daripada waktu itu, dia telah hilang hak ke atas penjagaan Musa.

"Sejak saya berkahwin dengan Essam, Musa berada dalam kondisi selamat dan stabil bersama mama dan babanya, sehinggalah diambil tanpa izin dengan bantuan pengasuh yang saya sendiri gajikan untuk menjaga Musa ketika ketiadaan saya, yang kemudiannya mengkhianati saya.

"Saya di sini mahu mengelakkan fitnah atau spekulasi. Ini cerita daripada pihak saya dan inilah kebenarannya," simpul Nina menerusi hantaran panjang lebar di Instagram.

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)


Terdahulu, ibu kandung kepada Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira menafikan dakwaan dia memberi keizinan kepada penyanyi, Noh Salleh untuk mendapatkan Musa.

Athira berkata, dia dimanipulasi dan dipergunakan oleh penyanyi itu untuk kepentingan sendiri bagi mendapatkan Musa yang dibawa keluar dari rumah Mizz Nina, dengan bantuan seorang pengasuh.

#Anak #cerai #Mizz Nina #Noh Salleh #Syariah #Musa #Athira #Essam #Ex Parte
;