gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Individu Persoal Letak Nama Jepun Isteri Di Batu Nisan, Ridzuan Ridzokumura Mohon Maaf - “Saya Tidak Salahkan Sesiapa…”
HIBURAN
Atlas Vending Diiktiraf Guinness World Record
BERITA
Penunggang P-Hailing Terkejut Kiriman Bungkusan Rupa-Rupanya Mayat Bayi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Muzayyin Tak Sedarkan Diri Seperti Dirasuk, Produksi Terpaksa Bawa Ustaz Datang Ke Kubur

gempak
ZULHILMI JALIL
27/11/2020
11:10 MYT
Sponsor Banner
Muzayyin Tak Sedarkan Diri Seperti Dirasuk, Produksi Terpaksa Bawa Ustaz Datang Ke Kubur
Pelakon kanak-kanak, Muzayyin Mahyuddin berkongsi pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan ketika menjalani penggambaran filem Mulut Masin.
Menurut Muzayyin, 13, dia seolah-olah tidak sedarkan ketika berada di sebuah tanah perkuburan di Kemensah, Ampang Selangor sewaktu menjayakan sebuah babak dalam filem tersebut.
"Ketika itu kami bergurau-gurau cakap besar, mengacah-acah cakap 'tengok tu', tengok tu' (untuk menakutkan), sekali betul-betul saya nampak (ada lembaga). Apabila lampu di set semua terpadam, saya pun terus melarikan diri.
"Kemudian saya terus lupa, macam tak ingat apa yang dah berlaku. Mereka kata saya seolah-olah tak sedarkan diri. Kru kata saya menangis-nangis," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Muzayyin lagi, ekoran insiden sekitar pukul 3 pagi itu, dia kemudian di bawa keluar dari kawasan perkuburan berkenaan.
"Apabila saya datang semula, tengok ada ustaz dah dipanggil datang ke kawasan tersebut untuk tengok," katanya.
Menurut Muzayyin filem tersebut merupakan karya pertamanya terbabit dalam sebuah filem bergenre seram.
Filem arahan Razaisyam Rashid itu menceritakan kisah lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenknya.
BACA: "Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!
Selain Muzayyin, filem itu menampilkan Jay Nazif, Danish Hazriq dan Cassia Iman selain As'ad Motawh selaku teraju utama.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 hari ini.
BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Kredit foto: Instagram @jaynazif_official
Topic Berkaitan
#Filem
#Filem
#Kubur
#Ustaz
#Mulut Masin
#Muzayyin
Must-Watch Video