Pelakon dan anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 di hospital.

Menurut entri di Instagram miliknya, Azira mendedahkan dia mengalami demam panas lalu mendapatkan rawatan susulan.

"28. Alhamdulillah happy birthday to Libra babies.

"It's a bummer to celebrating my birthday in the hospital because my body suhu panas panas," tulisnya.

Di samping itu, Azira turut mendapat kejutan sambutan hari lahir daripada teman lelakinya, Yasser Khan serta rakan rapat di ruangan wadnya.

Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan peminat tidak terlepas mengucapkan selamat hari lahir di samping mendoakan kesembuhan Azira.

Kami di Gempak mendoakan agar Azira kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.

28. Alhamdullilah, happy birthday to libra babies ? It’s a bummer to be celebrating my bday in the hospital cause my body ‘SUHU PANAS PANAS’ ??

A post shared by Azira Shafinaz | DeFam (@azirashafinaz) on