Berita

#MyHero: “Sorry Saya Tak Pandai Order, Tak Pernah Minum Sebab Mahal”- Tawar Diri Hendak Belanja, Tapi Gadis Ini Sebak Dengan Jawapan ‘Runner’

Syafiqah Jalal
19/05/2020
10:28 MYT
Perkhidmatan penghantar barang dan makanan atau ‘runner’ semakin menjadi popular dan diperlukan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, malah mereka tidak menang tangan menjalankan tanggungjawab itu.
Namun ramai yang mula menghargai tugas mereka dan terbaharu seorang gadis berkongsi pengalamannya yang cuba untuk menghargai pekerja yang dipanggil ‘runner’ atau ‘rider’ ini.
Menerusi akaun Twitter miliknya gadis ini pada mulanya hanya ingin bersedekah dengan niat untuk belanja ‘runner’ yang menghantar makanannya tetapi jawapan yang diberikan ‘runner’ tersebut mengundang sebak.
Tadi order dekat runner kfc ja pastu alang alang ada tealive orderkan la sekali. Pastu saja nak order extra sebab nak belanja dia satu. Cakap kat dia “order la apa apa yang awak nak akak byrkan” Sekali dia reply......— اماني (@faridaamani_) May 17, 2020 Entri tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian ramai dengan menerima 20,600 retweet dan hampir 30,000 likes. Rata-rata simpati dan sebak dengan kisah yang dikongsikan.
Apa yang pasti, sikap prihatin gadis itu terhadap ‘runner’ yang banyak berkorban dalam melaksanakan tugas mereka sesuatu yang wajar dipuji.
Anda adalah hero!
Bagi pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Berhabis RM60,000 Sepanjang Pertandingan, Ambil Risiko Berdrum 90 Darjah

gempak
15/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mendedahkan telah berhabis sebanyak RM60,000 untuk persembahannya sepanjang 10 minggu bertanding di program realiti The Hardest Singing Show (THSS).
Hiburan

Ruhainies Suka Belanja Orang Makan

gempak
02/06/2024
03:00 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktres sensasi, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Wani Kayrie Tak Kisah Habis Beribu Ringgit Untuk Raya - “Ada Rezeki Lebih, Saya Belanja Keluarga Balik Sandakan”

gempak
11/04/2024
07:55 MYT
Alhamdulillah semoga murah rezeki Wani.
Laman Utama

Cik B Berbelanja Lebih RM1 Juta Sebulan, Netizen; "Seronok Jadi Kaya, Patutlah Syurga Itu Mahal"

gempak
21/12/2023
02:10 MYT
Kaya betul...
Laman Utama

Belanja Warga Asing Aiskrim & Yogurt, Lelaki Dapat Pujian Warganet

gempak
18/12/2023
07:55 MYT
Tolong-menolong amalan mulia