Hiburan

Nabila Huda Buli Suami, Paksa Cium Pipi

gempak
Ahmad Shah
01/06/2016
08:40 MYT
Sponsor Banner
Nabila Huda Buli Suami, Paksa Cium Pipi
Pelakon Nabila Huda ketawa sebaik sahaja melihat reaksi suaminya yang tersipu malu setelah dipaksa untuk mencium pipinya.
Aksi manja itu dapat dilihat menerusi satu perkongsian video kompilasi yang dimuatnaik oleh Nabila di akaun Instagram(IG)nya beberapa minit yang lalu.
Melalui video tersebut, jelas menunjukkan suaminya Mohd Izwan Johar, 33, tidak dapat mengawal rasa malunya sehingga terpaksa mengambil selimut dan menutup mukanya daripada dirakam oleh Nabila.
Satu lagi babak sweet yang ditunjukkan dalam video tersebut ialah ketika mereka berdua berbaring di atas katil dan Nabila terus memeluk dan mencium suaminya dengan penuh kasih sayang.
Difahamkan video tersebut dimuatnaik oleh Nabila hari ini (Rabu) sempena ulang tahun perkenalan mereka dengan kapsyen berbunyi:
“Congratulations on surviving all the bullies I pull on you gracefully!Everyday with you gets better and to be able to have my best friend as my husband is such a blessing.Happy anniversary baby!I love you.Thank you for the best three years of my life. @jollyweebee,” tulisnya.
Video itu telah menerima banyak komen-komen positif yang diberikan oleh pengikut IG yang rata-ratanya gembira melihat kebahagiaan rumah tangga aktres itu.
Tidak kurang juga ada yang bergurau dengan menyatakan rasa cemburu terhadap aksi manja pasangan tersebut.
Sehingga kini ruangan komen IG Nabila dipenuhi dengan ucapan tahniah peminat sempena ulang tahun perkenalan mereka yang ketiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live