Hiburan

Nabila Razali Dedah Kerap Muntah, Rasa Tak Sedap Badan Sebelum Naik Pentas... Eh, Dah Kenapa Tu?

gempak
Kamaruddin Razal
09/05/2019
22:56 MYT
Sponsor Banner
Nabila Razali Dedah Kerap Muntah, Rasa Tak Sedap Badan Sebelum Naik Pentas... Eh, Dah Kenapa   Tu?
Penyanyi Nabila Razali mendedahkan dirinya kerap muntah dan rasa tak sedap badan ketika menunggu giliran untuk membuat persembahan pentas.
Semuanya gara-gara rasa gementar melampau yang dihadapinya kerana kerap berfikir mengenai penerimaan orang ramai terhadap kemampuannya untuk menyanyi.
"Sejujurnya, saya rasa takut membaca komen netizen yang sering mencari salah saya sehingga satu tahap, saya rasa gementar sangat kerana berfikir mengenai penerimaan serta kritikan yang bakal dilemparkan netizen.
"Saya sendiri tak faham, kadangkala ada sesuatu perkara yang tak ada kena mengena dengan diri saya, tetap saya yang kena... Wujud segelintir netizen yang suka 'petik' nama saya dan libatkan saya dalam perkara tersebut... Perkara itu berlarutan sehingga sedemikian rupa.
"Perkara itu membuatkan saya gementar sehingga kerap muntah dan rasa tak sedap badan sebelum memulakan persembahan nyanyian," kata Nabila.
Nabila ditemui ketika rakaman rancangan MeleTOP episod istimewa sempena sambutan Aidilfitri di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Pematah Hati ini, dia turut terguris dengan kata-kata kurang enak netizen.
"Saya membaca komen untuk memperbaiki kelemahan saya tetapi kadangkala ada yang melampau. Memang saya tak ambil peduli, tetapi sebagai manusia biasa, ada kalanya saya terguris.
"Walaubagaimanapun, saya tetap bersemangat memperbaiki kelemahan saya. Saya menghadiri kelas vokal dan sering bertanya dengan penyanyi senior lain mengenai teknik nyanyian agar saya dapat kualiti suara yang baik di masa akan datang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024