Nabila Razali Risau Lepaskan Anak Pada Orang Lain - “Bukan Tidak Percaya Tapi…”
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akui sejak bergelar ibu hatinya mudah tersentuh jika terdengar berita buruk melibatkan anak-anak.
"Saya jadi sangat mudah tersentuh selepas tengok berita sekarang dengan kes buli, kes anak kena dera. Semua itu sangat merisaukan saya lebih-lebih lagi mahu meninggalkan anak di bawah jagaan sesiapa.
"Bukan tidak percaya, tapi saya fikir apa-apa pun, biarlah anak berada di tangan kita sendiri, bukan di tangan orang lain kan. Kita tak nak menyesal kemudian hari," katanya.
“Saya dan suami memang akan kongsi mengenai anak apabila perlu sahaja. Niat kami bukanlah mahu menjadikan anak sebagai kandungan harian atau tontonan umum.Pernah juga saya ‘terlepas’ tapi suami akan tegur kalau boleh hadkan perkongsian dan beri peringatan bahawa privasi anak perlu sentiasa diutamakan,” jelasnya lagi.
Walau bagaimanapun, penyanyi itu memahami keinginan peminat yang bertanya khabar mengenai anaknya.