Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nadhir Nasar Senang Cipta ‘Chemistry’ Dengan Muka Baharu Dalam Kelas Tahanan Cikgu Hiragi – “Tak Ada Seorang Pun Yang Sombong”

Khairil Khusyairi
26/09/2024 07:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar mengakui mudah bekerjasama dengan pendatang-pendatang baharu dalam drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi.

Senang Cipta Chemistry

Menurut Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 28, tidak susah baginya untuk mencipta keserasian bersama pelakon baharu yang kebanyakkan daripada mereka adalah pertama kali di hadapan kamera.

“Dari hari pertama lagi chemistry itu ada, bermula dari sesi bacaan skrip lagi kami dah kenal-kenal.


“Apa yang baik adalah mereka tiada letakkan ego atau batas. Sesetengah orang kata bila tiada ego ini mudah untuk bekerja bersama.

“Hari ke-50 penggambaran, tiada seorang pun yang sombong,” ujarnya kepada Gempak.

Boleh Pergi Jauh

Malah, juara Hero Remaja 2020 itu turut kagum dengan kesungguhan dan usaha mereka dalam menuntut ilmu dan mencari pengalaman.

“Semua orang datang nak belajar, setiap hari mereka cari ilmu dan saya tahu dan percaya yang mereka boleh pergi jauh.

“Saya percaya mereka boleh jadi orang baik,” ujarnya lagi.

Tiada Masalah Disiplin

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Projek: High Council itu memaklumkan tiada masalah disiplin berlaku dalam kalangan pelakon baharu di set penggambaran.

“Disiplin ini adalah dari diri sendiri, jadi saya rasa tak boleh berkata lebih, saya juga adalah pelakon baharu.

“Kebanyakan daripada mereka baru berlakon satu drama, bagi saya tiada masalah atau isu daripada mereka sepanjang berlakon bersama,” kongsinya.

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ditayangkan mulai 25 September setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria, On Demand dan strim Astro Go.

Drama 20 episod itu menampilkan bakat-bakat daripada rancangan pencarian Astro seperti Nadhir Nasar, Aiman Ameer, Arabella, Aizat Saha, Evertts Gomes, Arena Lieya, Syed Khalique (kecik) dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

#pelakon #Drama #Sombong #Chemistry #Nadhir Nasar #Baharu #Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
;