HIBURAN
Nadin Amizah Bawa 'Malam Mendengar' Ke KL, Geng Healing Wajib Datang - "Saya Gementar Untuk ..."
Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Indonesia, Nadin Amizah, bakal mengadakan 'Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur' selepas menerima permintaan tinggi daripada peminatnya di Malaysia.
BERITA TRENDING: Feby Putri & Nadin Amizah Kecewa Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Saat Akhir - “Buang Masa, Tenaga”
Persembahan istimewa ini akan berlangsung pada 16 Mei 2025, jam 8 malam, di Zepp Kuala Lumpur.
Selepas kejayaan acara 'Malam Mendengar' di Jakarta tahun lalu, Nadin akhirnya membawa konsep unik ini ke Malaysia, menjadikannya sebagai satu peristiwa wajib bagi peminatnya.
Menurut Nadin Amizah, 'Malam Mendengar' bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu pengalaman muzik yang lebih intim dan bermakna.
"Saya berasa sangat gembira dan terharu, tetapi pada masa sama gementar untuk memenuhi ekspektasi peminat di Malaysia," kata Nadin yang sangat teruja untuk membawa konsep ini ke pentas Kuala Lumpur.
BERITA TRENDING: Payudara Nadin Amizah Diraba: “Sungguh Merendahkan Martabat Saya…”
Apa yang menjadikan persembahan ini lebih istimewa ialah susunan muziknya yang segar dan berbeza berbanding persembahan Nadin sebelum ini.
Buat pertama kali, gubahan muzik orkestra akan diperkenalkan, memberikan nuansa baru kepada lagu-lagu yang sudah dekat di hati peminatnya.
"Saya berharap peminat di Malaysia dapat meluangkan waktu untuk menonton 'Malam Mendengar' ini, dan juga menjadi saksi kepada perkembangan saya sebagai pemuzik sejak pertama kali berkunjung ke Malaysia," tambahnya.
Menurut Siti Azlina, wakil penganjur dari Renjana Idea, penganjuran ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi satu pengalaman penuh emosi dan eksklusif.
"Kami sangat teruja dapat membawa 'Malam Mendengar' ke Kuala Lumpur selepas kejayaannya di Jakarta. Ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi satu perjalanan muzik yang mendalam dan penuh makna.
Kami percaya susunan muzik baharu ini akan memberi pengalaman yang lebih istimewa kepada penonton dan menunjukkan perkembangan serta kematangan Nadin sebagai seorang artis," katanya.
BERITA TRENDING: Dakwa 'Kena Jadi Kaya Sebab Kalau Miskin Susah Jadi Baik' Penyanyi Nadin Amizah Dikecam
Tiket & Maklumat Pembelian
Tiket 'Persembahan Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur' mula dijual pada 12 Februari 2025 dan boleh dibeli di www.golive-asia.com.
Kategori Tiket:
🎟 Tawa – RM658
🎟 Sorak Sorai – RM258
🎟 Sorai – RM238
🎟 Kekal – RM248
🎟 Bunga Tidur – RM178
🎟 Tambahan Meet & Greet – RM298
Konsert ini menjanjikan pengalaman muzik yang lebih matang, puitis, dan emosional, membawa peminat menghayati perjalanan seni Nadin Amizah dengan sentuhan yang lebih mendalam.