Penyanyi Nadin Amizah melahirkan rasa kesal dan marah selepas dirinya berdepan insiden yang tidak diingini apabila cuba diraba oleh penonton yang datang menyaksikan persembahannya baru-baru ini.

Nadin, 23, juga berkongsi kronologi insiden yang terjadi di Insta Story miliknya.

Menurut penyanyi yang cukup popular dengan lagu Rayuan Perempuan Gila itu, kejadian berlaku saat dia mengisi persembahan di Cihampelas Walk, Bandung pada hari Ahad.

Dalam keadaan yang sangat padat dengan penonton Nadin terasa ada bahagian badan yang diraba atau disentuh dengan sengaja.

“Mungkin orang itu tidak sengaja kerana keadaan sangat sesak tapi mohon sangat tidak perlu berebut untuk sentuh badan saya.

“Untuk apa? Saya juga manusia. Sungguh merendahkan martabat jikaada yang menyentuh bahagian intim kerana saya penyanyi?”luahnya seperti dilaporkan Tempo.

Dengan tegas, Nadin juga menuliskan permintaannya kepada penggemar dan penontonnya.

"Jangan pernah sentuh badan saya dalam kondisi apapun kecuali sudah ada consent. MOHON DENGAN AMAT SANGAT."

Sementara itu menerusi laporan Viva.co.id, Nadin diraba oleh seorang lelaki memakai jaket hitam.

Dan lelaki tersebut menerusi video yang beredar didakwa telah meramas payudara penyanyi tersebut.
@gegeishere_ aku cuma ngerekam 3 detik doang soalnya kagettttt yaampun bunda periiii??? mana aku gatau tangan siapa itu yg jahat:( #nadinamizah ♬ original sound - nadin⋆.ೃ࿔*:・