Laman Utama

Dakwa 'Kena Jadi Kaya Sebab Kalau Miskin Susah Jadi Baik' Penyanyi Nadin Amizah Dikecam

gempak
Maliah Surip
23/01/2021
11:55 MYT
Sponsor Banner
Dakwa 'Kena Jadi Kaya Sebab Kalau Miskin Susah Jadi Baik' Penyanyi Nadin Amizah Dikecam
Penyanyi muda dari Indonesia, Nadin Amizah menjadi trending dan buah mulut selepas dia muncul menjadi tetamu di saluran podcast milik Deddy Corbuzier baru baru ini.
Dalam wawancara itu, Nadin berbicara mengenai pelbagai topik dari kerjayanya sebagai penyanyi sehingga falsafah dalam kehidupan termasuk soal miskin dan kaya.
Menurut Nadin, ibunya selalu berpesan agar menjadi orang kaya berbanding hidup miskin.
"Saya selalu ingat pesan ibu. Ibu pesan jadilah orang kaya kerana menjadi orang kaya lebih mudah menjadi orang yang baik," katanya dalam temubual tersebut.
Pelantun lagu Rumpang itu kemudian mengatakan jika hidup susah atau miskin, potensi berbuat jahat lebih besar kerana tekanan ekonomi yang dihadapi.
"Pada saya, jika kita miskin, bukan miskin bahagia ya, tapi miskin ekonomi, dan hidup dalam tekanan, kecenderungan berbuat hal tak baik itu tinggi.
"Ibu saya juga kata, oleh kerana kita miskin, kita akan mudah tersinggung dan berasa benci dengan dunia sehingga kita tak punya masa nak buat baik," katanya.
Kenyataan yang dikeluarkan Nadin itu terus menimbulkan kemarahan warganet yang menyifatkan ia sebagai angkuh.
Salah seorang pengguna Twitter menuliskan: "Semoga anda tetap akan berbuat baik jika nanti satu hari keluarga kamu jatuh miskin, roda berputar."
Namun, ada juga pihak yang melihat kenyataan yang dikeluarkan Nadin adalah benar. Mereka berpendapat apa yang cuba disampaikan Nadin adalah jika menjadi kaya mampu menolong banyak orang miskin yang tertekan kerana ekonomi.
Sementara itu, selepas menjadi treding, Nadin pun membuat permohonan maaf. Menurut penyanyi berusia 20 tahun ini, dia meminta maaf kepada semua yang tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Meski demikian, dia mengaku tak pernah merendah rendahkan orang susah atau miskin.
"Saya telah membuat kesalahan yang sangat besar dengan kenyataan itu. Saya sepatutnya berhenti bercakap dan memilik perkataan yang lebih baik sebagai motivasi.
"Tapi mulut saya, kesalahan saya. Saya salah pilih perkataan. Dengan segala kerendahan hati, saya minta maaf. Maafkan saya," katanya seperti dilaporkan Kompas.
Dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang menegur dan akan lebih berhati hati dalam berkongsi pandangan pada masa depan.
Instagram: @cakecaine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live