Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nafi Dakwaan Marissa Terkena Buatan Orang, Netizen Puji Sikap Tenang Abby Abadi

Gempak
28/02/2024 10:58 MYT
Abby Abadi menepis kenyataan bahawa perubahan anak perempuannya (Marissa Dania) adalah disebabkan oleh buatan orang.

Menerusi muat naik Q&A Instagram Stories antara Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Mana, 57, dan peminat, pelakon Gerak Khas itu menyatakan perkara itu merupakan dakwaan yang tak berasas dan dianggap sebagai fitnah daripada pihak tidak bertanggungjawab.

BERITA TRENDING: "Aslam Bukan Orang Yang Boleh Berpoligami, Dia Tak Berkemampuan" - Abby Abadi

“Bila masa pula saya keluarkan kenyataan ini? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala mereka asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah kepada saya?” tulis Abby dalam hantaran Instagram Stories.



Dalam entri lain, ada juga netizen yang mendoakan serta memuji Abby sebagai seseorang pelakon yang tidak sombong dan sentiasa merendah diri walaupun berhadapan pelbagai masalah.

“Suka tengok Kak Abby tetap sama macam dulu tak sombong, rendah diri je orangnya,” tulis seorang netizen.

“Suka Kak Abby, nampak tenang sangat , semoga yang baik-baik sahaja buat akak sekeluarga,” ujar warganet.

“Semoga Kak Abby sekeluarga bahagia dan dilindungi oleh Allah,” kata seorang lagi wargamaya.



Sekadar info, sebelum ini kontroversi anak perempuan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim hangat diperkatakan selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan Aslam yang berstatus suami orang.

Perkara itu seterusnya disahkan kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah yang mengatakan Aslam sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.

Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Sumber: Instagram

#pelakon #Viral #Netizen #Abby Abadi #Selebriti #Artis #hiburan #Marissa Dania
;