,
Hiburan

"Aslam Bukan Orang Yang Boleh Berpoligami, Dia Tak Berkemampuan" - Abby Abadi

Amri Hassan
27/02/2024
05:24 MYT
Selepas kecoh dakwaan Marissa Dania mengahwini lelaki yang dikenali sebagai Aslam di Thailand, pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil bersuara.

BERITA TRENDING: "Siapa Yang Serba Tak Puas Hati Tu, Pergi Berubat Okey" - Abby Abadi

Menerusi video yang dikongsikan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Abby menganggap Aslam individu tidak layak berpoligami kerana masih belum berkemampuan.
"Aslam itu bukan orang yang boleh berpoligami, saya tak nampak dia boleh. Saya tak nampak itu sebab dia tidak berkemampuan," ujarnya.

BERITA TRENDING: Isteri Aslam Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa Dania? - "Semakin Ikhlas Semakin Tenang"

Abby turut mendedahkan mereka sekeluarga tidak mengetahui perhubungan Marissa dan Aslam dan terkejut dengan perubahan sikap anak perempuannya itu.
"Keluarga yang lain tak tahu-menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang (Aslam).
"Lillahitaala, Marissa dengan saya daripada kecil tapi saya dapat lihat dia tak macam dulu.
"Saya pun pelik dan rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya itu berubah dan berpusing 360 darjah begini.
"Perkara ini sebenarnya memang di luar jangkaan saya dan ayah dia sebab kami dah berusaha sehabis baik untuk jaga anak," tambahnya.

BERITA TRENDING: "Lawan Semua Dengan Doa" - Abby Abadi

Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Marissa sebelum ini juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar