Pelakon drama bersiri Misiku Kuza, Arja Lee menafikan dirinya merajuk dengan bidang hiburan.

"Saya akui wajah saya kini kurang menghiasi drama atau telefilem. Bukan kerana saya merajuk, tetapi saya sedang sibuk menumpukan fokus terhadap pelajaran.

"Saya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang teater di Universiti Teknologi MARA. Semuanya saya buat sendiri jadi saya mahu memberikan tumpuan terhadap pembelajaran terlebih dahulu.

"Namun begitu, saya masih aktif menerima tawaran pengacaraan dan nyanyian. Alhamdulillah, rezeki tidak putus tetapi buat masa ini, pelajaran menjadi keutamaan saya," kata Arja.

Tambah bekas bintang Gempak Superstar yang berusia 35 tahun ini, dia mahu menjadi seorang artis berilmu dan mahu bergelar pensyarah satu hari nanti.

"Selepas tamat belajar di Universiti Sains Malaysia di peringkat sarjana muda, saya menumpukan fokus dalam bidang hiburan untuk mengutip pengalaman.


"Di usia sekarang, saya rasakan ia sebagai waktu yang tepat untuk saya sambung belajar. Bagi saya, selagi ada kemahuan untuk menuntut ilmu, selagi itu saya tak akan berhenti belajar.

"Saya mahu bergelar pensyarah kelak dan saya juga merancang untuk menggenggam ijazah kedoktoran selepas tanat belajar di peringkat sarjana nanti," katanya ketika ditemui di acara sambutan ulang tahun ke-60 jenama kasut terkemuka Hush Puppies di One Utama baru-baru ini.

Dalam acara yang bertemakan 'Hush Puppies 60th Anniversary Thru The Decades' ini, Arja dipilih untuk menggayakan koleksi edisi terhad kasut Bernard 80s Oxford.

Selain Arja, selebriti lain yang turut memeriahkan acara ialah Nazim Othman, Mas Khan, Peter Davis dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Arja & Hush Puppies

I make shoe contact before eye contact : Untuk si Lasak Energetic dan Bergaya. Now @hushpuppiesmsia ada jawapannya dengan Thru The Decades Collection. Nicee . #hushpuppiesmsia60 #hushpuppiesmsia #HPArtFest18 #HPDecades #Arjalee . Photo by @ammarjxmil

A post shared by T H E A R J A L E E (@arjalee) on

Guys , meet me 230pm tomorrow at Hush Puppies One Utama for HUSH PUPPIES 60 YEARS ANNIVERSARY " THRU THE DECADES" . I'm so super excited sebab baru jer dapat 2 pasang kasut ' New Arrival' and ' Decades Collection ‘ . Esok nak pakai yang mane satu ek? Kalau nak tahu kena tunggu esok OK yeay nite . Thanks so much @hushpuppiesmsia and @mrstailista for the invitation. Cant wait to be there . So See u guys esok ? . #hushpuppiesmsia60 #hushpuppiesmsia #HPArtFest18 #HPDecades #ArjaLee

A post shared by T H E A R J A L E E (@arjalee) on

Our host looking so handsome wearing The Decades Collection. Each host represents a different decade from 1958 to 2000. What’s you decade? #HushPuppiesmsia #HushPuppiesmsia60 #HPDecades #HPArtFest18

A post shared by Hush Puppies Shoes Malaysia (@hushpuppiesmsia) on