Laman Utama
Naim Daniel Pernah Kutip Duit Syiling Demi Isi Perut Lapar - "Saya Miskin Gila..."
Penyanyi dan pelakon terkenal Naim Daniel mengimbau kembali kenangan ketika menetap di rumah sewa bagi melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti.
Naim yang menjadi tetamu di podcast Studio Sembang bersama pelakon Amelia Henderson itu mendedahkan dia pernah berdepan dengan masalah kewangan ketika itu.
“Saya miskin gila. Saya masih ingat dekat rumah sewa, saya cari syiling dekat merata rumah sebab nak beli makanan tengah hari.
“Jumpa syiling dekat tepi tong sampah, lepas itu jumpa dekat tepi mesin basuh… kumpul sampai dapat RM3.50 untuk beli makanan. Tapi saya suka kehidupan semasa di universiti,” katanya.
Terkejut dengan perkongsian tersebut, Amelia memuji sikap penyanyi lagu Purnama itu yang disifatkan sangat merendah diri walaupun telah memperolehi pelbagai anugerah.
“Ia menarik kerana benda-benda yang ada di dalam sejarah awak telah membuatkan siapa awak sekarang.
Awak tetap merendah diri walaupun awak dah banyak pencapaian awak.
“Semuanya datang daripada pengalaman macam ini,” kata Amelia.
Untuk info, pada tahun 2018, Naim berjaya menggengam diploma dalam jurusan muzik setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
BACA SINI: Naim Daniel Selar Usahawan Jual Produk Bertemakan Palestin - “Tak Jaga Timing Sensitivity”
@studiosembang macam-macam cabaran kita hadapi sebagai seorang manusia tapi harini kita dapat dengar apa yang @Naim Daniel lalui before. #jomsembang malam ni pukul 10, on @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts mari! #studiosembang ♬ original sound - Studio Sembang
Must-Watch Video