Selepas menjadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencuri perhatian ramai apabila melebarkan sayapnya bergelar seorang pelakon pula.

Difahamkan aksi lakonannya itu merupakan sebahagian daripada produksi sebuah drama bertajuk Tunjang yang akan disiarkan di saluran RTM.

Menerusi laman sosial Instagram, Najib berkongsi foto-foto di sebalik tabir sewaktu penggambaran drama tersebut untuk tatapan umum.

“Saya.. tukar bidanglah. Pengarah cakap tak perlu audition. Macam best penggambaran. Saya masuk watak dalam drama Tunjang tadi.

“Ada rasa macam zaman James Bond dulu-dulu,” tulisnya di ruangan kapsyen di beberapa hantaran foto.

View this post on Instagram

A post shared by Najib Razak (@najib_razak)


Menjalani penggambaran di Mambang, Pekan, Pahang, Najib membawakan watak cameo sebagai bapa beliau, Tun Abdul Razak dalam memperjuangkan Felda.

Apa yang menariknya lagi, drama tersebut memerlukan Najib berpakaian seperti bapanya malah beliau turut mengenakan rambut palsu dan bertopi.

View this post on Instagram

A post shared by Najib Razak (@najib_razak)


Sementara itu di ruangan komen, aksi Ahli Parlimen Pekan itu yang kini bergelar pelakon mengundang usikan daripada wargamaya.

Bukan itu sahaja, rata-ratanya usikan tersebut ditujukan pada rambut palsu Najib yang membuatkan beliau nampak lebih muda.

“Sekali pandang macam Amitabh Bachchan bosku,” komen seorang wargamaya.

“Najib dah ada rambut,” usik seorang wargamaya.

“Nohh rambut belah tepi,” kata seorang wargamaya.

Rambut tu legend. Tapi tu la, benda dah post. Like pun dah banyak. Enjoy je la DSN,” ujar seorang wargamaya.

“Mat Kilau Chapter 2 ke ni?” tulis seorang wargamaya.

“Adoi, hensem rambut hitam lebat,” puji seorang wargamaya.

Sporting la DSN, nampak muda terus,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 29,000 tanda suka daripada pengikutnya.