Laman Utama

"Nak Bagi Nampak Betul-Betul Berjudi" - Issey Fazlisham Terpaksa Belajar Berjudi Demi ...

Amri Hassan
29/01/2022
04:55 MYT
Pelakon drama 4 Abdul 1 Mohd, Issey Fazlisham mendedahkan dia terpaksa belajar bermain judi demi menghidupkan wataknya dalam naskhah terbabit.
BACA: "Seorang Kawal Semua" - Sabri Yunus Berlakon 4 Watak & Mengarah Pada Masa Sama!
Kata Issey, dia turut belajar beberapa dialog yang sering digunakan oleh kaki judi untuk memberikan mood dalam karya Sabri Yunus itu.
"Untuk adegan judi, nak tunjuk lakonan judi tu nampak macam betul-betul berjudi, jadi saya terpaksa belajar berjudi untuk nampak real dalam lakonan. Saya juga belajar dialog-dialog kaki judi.
"Boleh nampak yang abang Sabri sangat kuat dengan research, bukan hembus atau letak sahaja. Tetapi hakikatnya saya tak berjudi walaupun dah belajar berjudi dalam drama dan lakonan," kongsinya.
Melanjutkan cerita mengenai naskhah 4 Abdul 1 Mohd, ujar Issey keseronokannya berganda apabila dapat mempamerkan jati dirinya sebagai anak jati Kelantan.
"Lakonan di bawah pengarah Sabri sangat best sebab dia pengarah yang menjaga dialog. Dia jaga kata bual membuatkan jadi skrip atau dialog tak panjang, semuanya jadi pendek.
"Permainan dan tempo sebagai pelakon jadi sedap, sambut menyambut jadi best. Setiap dialog ada makna dan bukan bual kosong.
"Saya kalau berlakon cerita Kelantan dengan Sabri, lain sikit rasanya sebab Sabri mendalami peel orang pantai timur," tambahnya.
Dalam drama 4 Abdul 1 Mohd, Issey melakonkan watak Musa yang menjadi sahabat baik kepada Abdul Jabar (lakonan Saidi Sabri).
"Menarik cerita ini dan Issey terlibat dalam adegan ‘flashback’. Saya adalah sahabat kepada Abdul Jabar (lakonan Saidi Sabri) bernama Musa.
"Musa merupakan lelaki Kelantan yang berhijrah ke negeri Pahang pada tahun 70 an. Musa merupakan seorang yang penuh pendirian, idelogi dan jadi sahabat rapat pada Jabar serta terlibat dalam misi pelarian Jabar.
"Kiranya saya sidekick pada Jabar dan berwatak komedi. Abang Sabri cuba sampaikan bagaimana perjalanan orang Kelantan dulu-dulu berhijrah meninggalkan kampung," ceritanya.
Jangan lepaskan peluang menonton 4 Abdul 1 Mohd setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.