Selebriti cef terkenal, Cef Wan turut terpanggil memberikan reaksi terhadap muzik video raya kontroversi usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Menurut Cef Wan, Aliff pernah mencadangkan idea untuk melakukan sesuatu yang viral demi mencari rezeki.

“Dia pernah memberitahu saya, Cef Wan kena buat benda-benda viral, letak YouTube. Ramai yang kutuk-kutuk pun tapi saya buat duit.

“Awak tengok cek dari YouTube, bayar saya ribu-ribu (sambil menunjukkan cek). Cef Wan banyak pengikut, buat aja,” kongsinya.

Bagaimanapun kata Cef Wan, dia menolak cadangan tersebut kerana dirinya bukan seorang yang gilakan populariti dan mempunyai ‘class’ tersendiri.

“Saya jawab… Abang bukan jenis gila duit atau harta dan tidak perlu meletakkan diri dengan tahap level yang sebegitu. Jika saya berkata mengenai sesuatu, saya amat maksudkannya.

“Tak betul tak betul lah. Pergi mampus lah orang tak suka dengan views atau pun prinsip saya. Nak cari duit kerana nak disumpah, dimaki dek orang tak payah lah Aliff.

“Saya ada kelas tersendiri. Orang mungkin ingat apa yang saya katakan ini agak kasar tetapi saya juga menerima respek daripada mereka yang memahami mengapa saya perlu memperkatakan tentang hal ini.

“ Saya cari rezeki di atas keredaan Allah, bukan manusia Aliff,” jelasnya.

Cef Wan berkongsi pendapatnya menerusi ruangan komen di hantaran pelawak, Harith Iskander.

Terdahulu, Harith juga berpendapat muzik video video Aliff itu memang patut disiasat kerana mencemarkan lagu raya.

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Sebelum ini, Aliff telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) mengenai kontroversi muzik video yang mengundang rasa kurang senang netizen.

Selepas bertemu SKMM, Aliff memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terguris dengan muzik videonya.

BACA: “Jangan Salahkan Isteri Dan Bonda Saya,” - Isu Muzik Video Raya, Aliff Syukri Mohon Maaf