Laman Utama

“Jangan Salahkan Isteri Dan Bonda Saya,” - Isu Muzik Video Raya, Aliff Syukri Mohon Maaf

gempak
Mya Amri
26/04/2022
12:10 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Salahkan Isteri Dan Bonda Saya,” - Isu Muzik Video Raya, Aliff Syukri Mohon Maaf
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf atas kontroversi muzik video sempena Aidilfitri yang menerima kecaman hebat baru-baru ini.
Selepas pertemuan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini, Aliff Syukri yang berada di perkarangan membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya nak mohon maaf kepada semua mungkin yang tersinggung dengan video tu. Semoga dengan permohonan maaf ini, anda dapat memaafkan saya.
“Saya mohon maaf banyak-banyak dan terima kasih kepada pihak SKMM,” katanya ringkas.
Dalam pada itu, Aliff juga berharap orang ramai tidak menyalahkan isterinya, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid dan ibunya, Rozita Ibrahim.
“Biarlah pihak SKMM menjalankan tugas-tugasnya dan saya ingin meminta maaf banyak-banyak kepada semua.
“Jangan salahkan isteri dan juga bonda saya, kerana mereka tidak bersalah dalam hal ini. Biarlah pihak SKMM lakukan tugas mereka,” ujarnya menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memanggil individu terbabit dalam klip video muzik lagu raya yang melibatkan Aliff.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya, pagi tadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live