Nama penyanyi dari seberang seperti Afgan dan Judika sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan negara kita.

Oleh itu, penyanyi Indonesia, Jaz Hayat juga mempunyai hasrat untuk meluaskan namanya ke negara ini suatu hari nanti.

"Sejujurnya, saya memang berhasrat untuk meluaskan nama saya ke Malaysia sebagaimana Afgan dan Judika telah lakukan.

"Tetapi, untuk ke arah itu, saya sedar yang banyak perkara perlu dilakukan, maksudnya, saya perlukan lebih pendedahan dan lebih kerap meluangkan masa di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Jaz berharap akan berpeluang ke Malaysia dengan kerap apabila pandemik COVID-19 berakhir.

"Saya harap selepas pandemik ini berakhir nanti, semoga saya berpeluang untuk datang lagi ke Malaysia dengan kerap.

"Jika saya lakukan promosi yang berterusan, ia dapat membantu saya untuk mendapatkan lebih peminat dari Malaysia," katanya lagi.

Lagu Duet Jaz bersama Kaka Azraff berjudul Karma yang dilancarkan baru-baru ini juga menjadi tanda kerjasamanya bersama artis di negara ini.

Semoga hasrat Jaz menjadi kenyataan suatu hari nanti!