Nusantara
Nak Kejar View Di Media Sosial, Sekumpulan Remaja Ini Sanggup Ceroboh Apartmen Lama! Dah Kenapa?
Ada pelbagai perkara tidak masuk akal yang sanggup dilakukan pelbagai individu demi meraih perhatian dan mendapatkan populariti di media sosial.
Malah, ada yang sanggup memperjudikan nyawa semata-mata ingin mendapatkan tontonan di media sosial masing-masing.
Sama seperti yang berlaku kepada sekumpulan remaja ini yang sanggup menceroboh sebuah apartmen usang yang sudah 10 tahun ditinggalkan untuk mencari view di media sosial.
Kisah itu diceritakan dalam sebuah filem fiksyen seram Indonesia yang diadaptasi daripada permainan video popular, DreadOut.
DreadOut mengisahkan sekumpulan remaja Linda (Caitlin Halderman), Jessica (Marsha Aruan), Beni (Muhammad Riza Irsyadillah), Dian (Suzana Sameh), Alex (Ciccio Manassero) dan Erik (Jefri Nichol) yang nekad memasuki sebuah apartmen usang untuk membuat siaran langsung di media sosial masing-masing.
Tanpa mengendahkan amaran pengawal keselamatan untuk tidak memasuki bilik di tingkat enam, mereka tanpa sengaja telah membuka pintu ke neraka.
Maka, muncullah pelbagai makhluk dunia lain termasuk wanita berkebaya merah yang marah dan cuba menyerang kumpulan remaja terbabit.
Mampukah mereka menyelamatkan diri dan keluar daripada dunia asing itu? Segalanya bakal terjawab menerusi filem DreadOut yang akan ditayangkan pada 18 April nanti.
Filem edaran Horizon Films itu turut dibintangi pelakon kacak Malaysia yang sedang menempa nama di Indonesia, Miller Khan.
Must-Watch Video