Laman Utama

“Nak Mati Dalam Keadaan Tenang, Saya Pernah Mimpikan Ifa" - 5 Tahun 'Berperang', Roslan Shah Akhirnya Mohon Maaf?

gempak
Hanafis Haris
30/03/2022
00:35 MYT
Sponsor Banner
“Nak Mati Dalam Keadaan Tenang, Saya Pernah Mimpikan Ifa" - 5 Tahun 'Berperang', Roslan Shah Akhirnya Mohon Maaf?
Ibarat 'sinar kemaafaan' menjelang Ramadan, persengketaan berlarutan hampir lima tahun mungkin berakhir apabila pengacara dan selebriti serba boleh, Roslan Shah mmahu memohon maaf secara terbuka dengan bekas teman baiknya, Ifa Raziah.
Menurut Roslan, dia mahu meleraikan salah faham dan sengketa antara mereka memandangkan usia semakin lanjut selain turut berusaha bermuhasabah diri.
“Sejak Allah SWT duga saya dengan sakit baru-baru ini, banyak yang membuatkan saya terfikir dengan mendalam. Satu daripadanya ialah bila-bila masa sahaja mati itu akan tiba.
"Sakit baru-baru ini juga membuatkan saya rasa seperti Allah SWT telah beri peluang kedua buat diri.
“Jadi dengan kesempatan yang ada, saya nak mohon maaf dengan sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan saya. Juga kepada Ifa Raziah, saya mohon maaf dan memaafkan awak,”katanya.
Tambah Roslan, dia tidak menganggap satu tindakan memohon maaf itu sebagai satu kekalahan atau kesalahan.
Jelasnya, ini kerana memohon maaf pada setiap insan itu adalah satu perbuatan yang mulia.
“Saya tak rasa malu untuk mohon maaf. Biarlah orang nak cakap apa, cakaplah.Saya dah tak mahu kisah apa orang nak cakap sebab nak jalani hidup yang tenang saja sekarang.
“Saya pun nak mati dalam keadaan tenang. Tak mahu bermusuh dengan sesiapa dan tak nak berdendam Saya tak nak di akhirat nanti akan disoal,”katanya.
Dalam pada itu, Roslan mengaku akan cuba berhubung dengan Ifa bagi membuat permohonan maaf secara peribadi.
Bagaimanapun, terserah kepada Ifa sama ada mahu menerima permohonan maafnya itu atau tidak.
“Saya pernah mimpikan Ifa, dua kali. Masih saya ingat, dalam mimpi itu kami nampak mesra sangat dan buat persembahan sama-sama.
“Saya juga ingat kebaikan dia. Masa arwah ibu saya meninggal dunia pada tahun 2019, dia ada hantar pesanan kepada seorang kawan untuk sampaikan salam takziah kepada saya.
"Dari situ saya semakin menghormati dia kerana walaupun tahu kita bermusuh, tapi dia tetap ingat akan arwah ibu saya," katanya.
Roslan berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Aisel dan perlantikan Didie Alias sebagai duta jenama tersebut di ibu kota, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live